May 04, 2009
Sedih
Engku dapat merasakan perasaan Wan ketika Engku mengucapkan kata yang berbunyi, `terima kasih banyak2 mak...`. Pasti sedih dan hiba yang tak terkira apabila Dahlya telah meninggalkan rumah Wan untuk pulang ke Bandar Sri Putra di tempat kediaman sebenar Dahlya akan dibesarkan.
Seminggu yang lalu setelah berbincang dengan Umi, kami setuju sebulat suara pada 02 Mei 2009 Dahlya dan Umi bersama Engku akan ke rumah kediaman. Tengah harinya, Pak Long, Mak Long dan Kak Umairah (sepupu Dahlya yang comel) telah datang melawat Dahlya dan bermain seketika sambil mencium dahi Dahlya. Umarah (nama panggilan Umai) suka menyakat Dahlya dan lucu dengan tingkah laku Umai apabila mengambil beberapa barangan mandian Dhalya pada bakul dan mengatakan barang itu Umai yang punya, tetapi apabila ditanya oleh Wan barang itu siapa yang punya dengan bersahaja Umai mengatakan `baby` yang punya. Itu lah perangai Umai yang suka menyakat Dahlya pada tengah hari ini.
Sudah beberapa minggu Umai tak dapat menjenguk Dahlya kerana Umi Umai dikhabarkan telah `berisi` perutnya dengan cahaya mata yang kedua. Umai akan dapat adik, InsyaAllah. Sementara itu Atok turun dari bilik atas dan memberi bantal `spongebox` hadiah dari Ucu. Lucu memang lucu disamping kebijakan Umai menjawab apabila Umi Dahlya tanya pada perkataan huruf `O` pada bantal `spongebox` Umai, berbunyi seperti ini:-
Umi Dahlya: `O` mana?
Umai: `O` dah balik rumah.
Terbahak2 ketawa dengan jawapan bersahaja dari Umai dan teringat pula dengan jawapan bersahaja didalam dialog cerita P.Ramlee. Jin tendang Wow.
Sementara menunggu Pak Long, Mak Long dan Umai datang untuk menjenguk, segala barang telah dimasukkan kedalam kereta. Penuh bonet dan tempat duduk belakang kereta Kelisa Umi dengan barang2 Engku, Umi dan Dahlya sehingga Engku tidak dapat melihat cermin pandang belakang ketika memandu pulang ke Bandar Sri Putra.
Kebiasaan pada keluarga orang lain, ketika pantang pasti isteri akan dijaga dan dikawal rapi oleh ibu dan bapanya.Ketika ini umur Dahlya telah menjangkau 42hari dan sekitar jam4 petang, kami meninggalkan rumah Wan di Teluk Gedung, Klang sampai ke rumah kediaman kami sejam kemudian.
Labels:
atok,
ayah,
balik kampung,
bandar sri putera,
bangi,
dahlyatunnuha,
darmansyah,
mak long,
Pak Long,
sepupu,
Umairah,
weet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment