darmansyah

May 31, 2009

Dahlya & Dahlia

Hari Sabtu yang lalu kami sekeluarga ke majlis perkahwinan anak rakan sekerja Engku di Jinjang. Dahlya dipakai baju berwarna merah dengan cekak warna merah jambu.
Seawal pagi Umi sudah menyiapkan pakaian Dahlya, nampak seronok Dahlya nak berjalan.

Balik dari rumah orang kahwin kami sekeluarga ke Selayang, tidur di rumah Atok dan Andung semalam kerana sudah dekat antara Jinjang dan Selayang.
Akilah, Dahlya dan Umi. Akilah anak kepada Pakcik Suandi


Pasangan pengantin Asmawi dan Dahlia bersama Dahlya yang didukung Umi


Pakcik khairul dan Pakcik Suandi sempat berposing kontrol ayu

May 27, 2009

Ulang Tahun perkahwinan

Masa bercinta

Ketika bersanding

Tiada kata yang boleh diucapkan hanya berterima kasih kepada Allah yang maha kuasa kerana limpah dan kurniaNYA usia perkahwinan kami sudah menjangkau 2 tahun. Mungkin baru kepada pasangan suami isteri yang sudah berkahwin 20-30 tahun yang lalu. Cabaran demi cabaran kami hadapi bersama. Tahun pertama perkahwinan kami, umi dikatakan keguguran pada usia kandungan 5 bulan tetapi kini kami dianugerahkan olehNYA seorang puteri yang comel.

Hari ini 26 Mei, bersamaan dengan tarikh nikah kami 2 tahun yang lalu. Umi sudah mula bekerja setelah cuti bersalin selama 2 bulan dan sekarang Dahlya telah dijaga oleh penjaga, Kak Kamsiah namanya. Terasa sedih apabila meninggalkan Dahlya di rumah orang penjaga pada hari pertama. Macam2 bermain dalam fikiran, ada takut tidak diberi susu, takut didera dan macam2 lagi tp apakan daya gaji seorang ketua keluarga belum mencukupi untuk menanggung kami sekeluarga. Alhamdulillah Umi masih sudi membantu. Kami berdoa supaya Dahlya sihat dan tidak ada perkara2 yang tidak elok yang akan berlaku ketika Dahlya dalam jagaan penjaganya. Kami berharap, penjaganya memberi kasih sayang beliau sama seperti menganggap Dahlya seperti anak kandung beliau sendiri.

Semalam Engku cuti separuh hari bekerja dan membersihkan rumah yang sudah tinggi berhabuk dan mop lantai yg sudah melekat ketika berjalan. Petangnya mengambil Dahlya dirumah penjaganya. Ketika itu, Umi baru sampai dan kami bergegas ke pasar malam bersama Dahlya. Sampai di rumah kami memasak sama2 dan menyiapkan kerja rumah sama2 disamping Dahlya melayan mata mengantuknya.

Tiada hadiah dihari ulangtahun kali ini, bagi saya hadiah yang paling baik hanyalah BAHAGIA mempunyai keluarga yang sederhana hidupnya. Tidak jutawan dan tidak juga kekurangan makanan. Alhamdulillah...


video

May 24, 2009

24 Mei 2009


Hujung minggu yang lepas engku dan umi kerjakan dahlya!!! lihat la hasilnya atas bakul rotan pon jadi!

Jumaat yg lepas, cukup dahlya berumur 2bln. Semakin panjang akalnya....tidur mau sendiri tidur.. penat la umi atau engku tepok, dodoi, nyanyi.. dahlya akan tahan mata dan bercakap sorang2 smpai ke pagi.. jadi kami berdua biarkan sahaja dahlya tidur dengan sendirinya.

Isnin ini dahlya akan di jaga oleh mak baru (Penjaga bayi) kerana umi akan mula bekerja, harap-harap dahlya tak meragam. Tapi jujur katakan, menjaga dahlya tak serumit mana, alhamdullilah senang sangat uruskan dia.

May 23, 2009

Majlis kenduri A`qiqah

Dijemput semua hadir bagi meraikan majlis kenduri A`qiqah Dahlya. Kawan rapat, pembaca blog ini semuanya datang. Jangan tak datang. (click image utk besarkan image)

May 19, 2009

Hadiah Dan Botak

Seperti tulisan yang sebelumnya, jika sebuah keluarga mendapat ahli yang baru maka sanak saudara, jiran, rakan sekerja dan lain2 kenalan pasti akan bermurah hati untuk menghulur pelbagai hadiah buat bayi yang baru dilahirkan. Begitu juga Dahlya, kali ini Dahlya dapat 2 botol bedak dan satu set barang kelengkapan bayi termasuk tisu basah, puting kapas dan sebagainya.

Hadiah ini di beri oleh jiran sebelah rumah kiri Atok, Abang Roslan namanya. Manakala hadiah satu set kelengkap bayi dihadiahkan oleh One yang dahulunya jiran sebelah rumah kanan Atok tetapi One telah pindah. One sangat gembira bila melihat Dahlya. One merupakan jiran yang paling rapat dengan Andong dan Atok. Segala masalah yang memerlukan rujukan, semua dibincangkannya dengan Atok.


2 botol bedak hadiah keluarga Abang Roslan

Satu set alat kelengkapan bayi


Petang Isnin maka bermulalah episode cukur rambut Dahlya sehingga botak. Umi mengambil foto2 Dahlya sebelum dibotakkan kerana ini merupakan detik sejarah bagi Dahlya sebelum rambutnya dibotakkan. Sebelum dibotakkan, rambut Dahlya lurus, lebat dan hitam. Terasa sayang pula untuk membotakkan kepala Dahlya tetapi apakan daya kerana untuk membersihkan kulit kepala Dahlya dari kelumumur yang ada ketika dilahirkan, terpaksa juga dibotakkan.

Sempat berposing


Andung mendukung Dahlya

Rambut sebelum dicukur

Ketika dicukur

Dah perangai Dahlya suka tidur macam Engku

momen menguap khas dari Umi

Sejuk dan lena selepas dicukur



Orang kata, kalau kita mencukur rambut bayi segala penyakit akan dapat dibuang. betul ke?
Dijemput para pembaca blog ini datang menghadiri majlis kenduri Aqidah Dahlyatunnuha di Teluk Gedung, Klang. Sabtu pada 13 Jun 2006.

Marhaban

Dahlya dimandikan sebelum berangkat ke Surau

Sabtu malam, setelah dirancang awal oleh Atok dan Andung di Surau Kg.Bendahara di tempat Atok dan Andong tinggal maka disitu lah Dahlya di cukur jambulnya dengan cara sederhana.

Persiapan seawal pagi Engku dan Umi pergi ke pasar Selayang untuk membeli beberapa buah tangan untuk para hadirin yang hadir pada malam kenduri nanti. Tidak banyak hadiah buah tangan yang diberikan cuma beberapa makanan ringan dan air mineral cawan. Semua ini hadiah dari Andong untuk meraikan cucunya.

Hadiah untuk para hadirin yang datang

Selepas sholat mahgrib, jam 8.45 seperti yang dipesan oleh Atok, Engku membawa Dahlya, Umi beserta Bunda Odah ke surau tidak jauh dari rumah kediaman Andong. Disana, Dahlya diperkenalkan oleh para hadirin yang datang. Seramai 6 orang jemputan khas Atok untuk membaca marhaban dinyantikan dengan merdu. Surau ini tiada ahli yang boleh menyanyikan marhaban maka Atok mencari beberapa kenalan beliau untuk menyanyikannya.


Acara ini tidak mengambil masa yang lama. Lebih kurang 30minit selesai dan setelah nyanyian marhaban, Dahlya digendong oleh Atok di bawa ke sekeliling para hadirin untuk dipotong rambutnya. Engku mengekori dari belakang dengan membawa talam bekas berupa gunting dan cawan untuk diletakkan madu, kurma. Perkara ini dibuat supaya anak yang dilahirkan dengan harapan dapat memakan makanan yang baik2 belaka bila besar nanti.Majlis potong rambut dimulakan dengan Atok(Atok juga merupakan penasihat surau di Kampung Bendahara

Imam surau Kampung Bendahara.


Jiran


Hadirin yang datang pada malam itu juga diberi penghormatan

Setelah habis acara potong rambut/cukur jambul, para hadirin sholat Isyak disertakan tahlil arwah dan dijamu dengan makanan yang ala kadar.

Diantara para hadirin yang datang dimajlis malam itu

May 14, 2009

Permainan Pertama Dahlya


Dahlya sedang bercakap dengan Mama Lion

Semalam adalah hari ulangtahun acik Zul, jadi kami sepakat meraikan hari jadi cik Zul di JayaJusco (JJ) Bkt Tinggi, Klang.
Dari kiri yg duduk tu, WaqNan, Cik Zul, Ucu dan Uncle Mat! yg dlm stroller.. Dahlya laa!!

Kebetulan pada hari yang sama JJ ada membuat SALE bagi Card Member. Umi mengambil kesempatan untuk bershopping barangan baby buat Dahlya. Yang umi terfikir dari rumah adalah..... Baby Gym!!!!


dan sekarang Dahlya sedang bercakap dan gelak dengan mainannya..seronok agaknya melihat mainan-mainan itu tergantung sehingga terleka dan ZzzzzZZzzzzz....


Terima kasih kepada Bonda Adik yang memperkenalkan apa itu baby gym kepada Umi.. oh ya!! kalo bonda Adik berkenan dengan rekaan ini, auntie Azie boleh kirimkan 1 untuk Nabil!.

May 11, 2009

Andong & Atok

Dahlya sedang bersenang2 di dalam baldi mandi

Selepas mandi

Hari Ahad, tiada banyak aktiviti yang dilakukan kecuali menghabiskan masa di rumah kerana cuaca terlalu panas ketika ini. Bu Odah awal2 pagi sudah bangun tidur dan menggoreng telur, katanya untuk mendeiakan sarapan. Engku bangun, mandi dan pergi membeli sos tiram, sos tomato dan minyak bijan kerana hari ini Umi nak masak yang istimewa untuk kami.

Bu Odah juga memang mungkin ingin belajar dengan Umi bagaimana cara untuk memasak menu yang istimewa ini. Apa menunya? Ikan siakap tiga rasa dan fatt choy dimasak ala2 makanan china. Ermmm...memang sedap dan menarik makanan yang Umi masak dibantu oleh chef Bu Odah. Kami makan bersama.

Kira2 jam4 petang Andung dan Atok Dahlya datang menjenguk dan kami sekeluarga minum petang bersama.Lepas Asar Andung,Atok dan Bu Odah pulang.

May 09, 2009

Kesal

Troli Dahlya ditolak oleh Bunda Odah

Perancangan ini memang sudah diatur awal2 lagi untuk kami 3sekeluarga berjalan2 ke Alamanda. Semalam ketika Bunda Raudah (adik Engku) berhasrat untuk datang ke rumah, Engku dan Umi sudah berbincang awal2 untuk membawa Bunda Raudah bersama ke Alamanda.Sempat bergambar sebelum masuk ke pintu Alamanda

Dahlya tidur


Sesampai sahaja di parkir Alamanda, kami menunggu parkir seorang pemandu wanita untuk keluar yang mengambil masa yang agak lama. pemandangan biasa apabila pemandu wanita berbuat sebegini rupa. Bukan Engku nak kutuk semua pemandu wanita tetapi ada segelintir pemandu wanita yang bersikap kurang prihatin dan lalai ketika memandu.

Turun dari kereta, Engku bergegas ke tempat duduk belakang mengambil troli bayi Dahlya yang telah lama kami beli sebelum Dahlya dilahirkan lagi. Troli yang comel berwarna oren dibeli dengan harga sekitar RM350. Bangga pula bawa Dahlya jalan2 hari ini. Hari pertama Engku menjadi seorang ayah dan membawa anak berjalan2 bersama. Masuk kepintu Alamanda yang terletak di Putrajaya, troli yang baru digunakan itu tidak boleh masuk kerana terdapat besi penghalang di eskulator yang menuruni ketingkat bawah. Agak hairan dan kesal kenapa besi penghalang ini diletakkan ditengah2 eskulator ini?, bayangkan jika seorang yang kurang upaya melalui jalan yang sama seperti kami. Mahu tak mahu orang itu akan meminta bantuan orang lain untuk membantu melewati eskulator tadi.
Roda troli Dahlya tersekat dengan besi penghadang

Engku terpaksa melipat semula troli Dahlya dan mengangkatnya.

Huh, benci dengan sikap manusia yang tidak pernah prihatin kepada kesusahan orang lain. Dimana letaknya keprihatinan pemilik bangunan yang selama ini kerajaan cuba menyelesaikan masalah dimana2 kawasan atau laluan yang kurang mesra kepada masyarakat OKU. Harap2 sikap pemilik bangunan ini akan lebih prihatin dan jangan terlalu bodoh dan bongkak. Atas sebab apa mereka menghalang laluan eskulator ini?

Terpaksa mengangkat troli untuk melepasi eskulator tadi Umi dan Bunda Odah(Raudah) pergi mengambil wang di ATM, Engku menunggu diluar ATM bersama Dahlya dan seterusnya kami ke butik Anakku. Umi membeli sepasang baju untuk Dahlya dan ke dewan makan Alamanda. Engku makan sizzling mee dan bunda Odah makan sup manakala Umi tidak makan hanya minum air mineral kerana Umi masih dalam pantang. Setelah makan, selera Engku untuk berjalan2 lagi terhapus apabila roda troli tercabut tanpa sebab diketahui. Setelah Engku cek roda troli rupanya ada komponen yang tidak lengkap pada roda troli tadi yang menyebabkannya tercabut.

Huh..dimana letak QC pada barangan ini. Beli dengan mahal tetapi kualiti tidak ada. Bila tengok lagi sekali, alahaiii..buatan China. Malas nak berfikir lagi kami sekeluarga sampai dengan selamat. Menjelang malam, kami sekeluarga menonton VCD Laskar Pelangi yang dibawa oleh Bunda Odah. Laskar pelangi sebuah filem yang mesti tonton tapi jangan lupa membaca novel laskar Pelangi terlebih dahulu sebelum menonton filemnya. Tulisan Andrea memang sangat menawan Engku sebagai pembaca.VCD Laskar Pelangi

Selamat Hari Ibu Buat Isteri ku dan terima kasih kerana melahirkan Dahlya. Selamat hari ibu juga buat Wan Dahlya. Ibu Engku sudah meninggal 6 tahun yang lalu. Kini Engku yatim piatu dan hanya pada Dahlya sahaja Engku berharap.

May 05, 2009

Kejutan

Dahlya dah pandai menjeling kamera

Selama Umi berada dalam pantang dan tinggal dirumah Wan bersama2 Dahlya, dalam diam Engku balik ke bangi dengan beberapa rancangan yang telah berada didalam kepala.

Hampir seminggu, Engku mencari idea di internett dengan rencana nak memperbaharui cat di rumah sewa kami di Bangi. Cat yang asalnya putih tersangat bosan apabila mata memandang. Hasil rujukan maka Engku telah memutuskan untuk membeli cat berwarna kuning cair, coklat dan biru.

Bilik utama

Rak cd dijadikan tempat menyimpan barangan Dahlya

Cermin kecil dibeli RM7 setiap satu

Ruang makan

Lukisan abstrak, dibeli dari Bali dan frame gambar berurutan ketika Umi hamil


Warna2 ini tidak dicat secara keseluruhan kerana kurang menarik bagi pendapat Engku. Dengan ruang rumah sewa kami lebih kurang 782 kaki persegi maka setiap dinding adalah berlainan warna yang hendak dicat. Dibahagian ruang TV Engku cat dengan warna coklat, manakala dinding kiri dan kanan panel TV dicat dengan warna kuning cair.

Lampu berdiri RM65.00



Disamping itu,warna yang sama juga masih digunakan untuk ruang tamu seterusnya di dapur. Dibahagian belakang sofa yg dibeli dari Cavenzhi ketika awal perkahwinan Engku di lekat dengan cermin besar yang Engku beli seharga RM78 di Ikea. Merasa tidak puas hati dengan cat dinding semata2 Engku telah memasang lampu model `melody` berharga RM19.90, juga di Ikea. Seterusnya Engku beli cermin kecil sebanyak 6 set sehargaRM7 setiap satu, cermin ini di letakkan di tepi bahagian pintu kaca rumah. Warna yang dipilih belainan sebuah dari yg lain kerana ingin menunjukkan kontras pada dinding.

Lampu `Melody` RM19.90

Cermin Ikea RM78.00

Akhirnya, bulan Mei Engku dapat duit kutu dan Engku beli LCD jenama Sharp Aquos 32Inchi 110hz. Maka hampir lengkap la isi rumah sewa kami. Dimasa akan datang, Engku bercadang membeli TV kabinet dan set teater rumah baru kerana Engku sudah jemu dengan reka bentuk set teater rumah yang lama.

LCD Sharp 32Inci

Sesampai kami dirumah terkeluar dari mulut Umi:-
Umi: Awak cat rumah ke?
Engku: (tersenyum)

Seperti yang Bunda adek impikan rumah minimalis, kami sudah buatnya dulu tapi bukan rumah sendiri (sekadar menyewa). Ehehehe...





Dahlya sekarang suka menangis malam kerana kembung perut.