darmansyah

December 29, 2010

hello kitty


Peminat hello kitty!!

Ahad lepas dahlya dapat 2 beg Hello Kitty dari Umi, bag pack dan luggage.
Wah.. hari Ahad Dahlya dah melaram beg barunya.. "ucu!!! comel tak dahlya?"




Kami sekeluarga mengucap selamat menyambut tahun baru!! Dan Azam kami sebagai ibubapa ingin melihat Dahlya kesayangan kami ini membesar dengan sihat dan comel, menjadi anak yang cerdik dan soleh. Amin...

December 21, 2010

Jalan2 ke KUIS






Bulan merehatkan diri dirumah. Tidak pergi ke umah Andung ataupon Wan. Duduk rumah merenggangkan otot setelah seminggu bekerja. Kasihan Dahlya tidak kemana2. Jadi kami mengambil inisistif berjalan2 di sekitar KUIS. Seronoknya Dahlya berlari kesana ke sini. Dahlya dapat berjumpa Husna anak K.Lin (bos umi) Kebetulan Hari Ahad lepas Umi mmg sedang menyiapkan persiapan terakhir untuk Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang.

Ha!! comel tak meja Dahlya?? Meja ini dihadiahkan oleh Wan. Meja belajar merangkap meja makan. Sebenarnya Dahlya suke memanjat kerusi makan kami, dan selalu terjatuh dan terhantuk di lantai. Bila ada meja ini Dahlya sgt berdisplin tau.. Miimi.. mamam sini.. (sambil menunjuk di mejanya). Terima kasih Wan!!

December 15, 2010

Kepelbagaian reaksi muka Dahlya

Video ini menunjukkan kepelbagaian muka Dahlya akibat terpengaruh dari vcd yang ditontonnya seharian. surprise face, sad face, curious face, happy face, mad face, silly face, sleepy facee, sorry face, excited face merupakan pelajaran yang terbaik untuk Dahlya. Semua video yg ditonton oleh Dahlya dimuat turun dari lama youtube.



video

December 14, 2010

The Skeleton Dance

Lagu ini merupakan lagu kegemaran Dahlya, dengan cara pengajaran yang asas untuk anak kecil ini bagi membolehkan perkembangan otak dan fikirannya. Super simple song sangat sesuai untuk kanak2 yg berumur seperti Dahlya. Lihat bagaimana Dahlya menari sebaik mendengar lagu The Skeleton Dance di putarkan walaupon ketika itu dia belum bangun dari tidurnya.


video