darmansyah

February 22, 2010

Atuk & Andung. Atok & Wan

atuk dan andung memujuk dahlya.


cantek tak saya??


baru nak test power


baru lepas muntah2


"ucuk atok!" itulah panggilan dahlya dr atok



"ate..ate.. ah" tiap kali dahlya jumpe atok, dahlya akan menimang atok

Dahlya cucu kesayangan Tok Wan & Tok Andung. Bila Dahlya sakit je.. mereka terus datang ke Bangi melihat si kenot ni. Yg sgt super power tentulah Wan dari Klang ke Bangi.. 2 kali menjenguk Dahlya sejauh 140km, sanggup Wan membawa kereta kelisanya . Andung dan Atok mempunyai anak o.k.u jd mmg rumit sedikit untuk berjalan jauh. Jika Dahlya sudah dewasa nanti, Dahlya kena ingat dan tau yg Atok2, Wan dan Andung sangat sayang sama Dahlya. Dahlya la cucu kesayangan mereka.

February 17, 2010

Gong Xi Fa Chai & Selamat Hari Imlek

Cuti Tahun Baru Cina, kami diberikan satu cubaan yang cukup berat kepada Dahlya. Bermula dengan malam sebelumnya, Dahlya munta sebanyak 2kali. Perubahan suhu badan Dahlya keparas 38darjah celcius, kami cuma merasakan demam biasa saja kerana Dahlya juga sering mengalami demam seperti ini. Keesokan paginya Dahlya muntah2 buat ketiga kalinya maka kami bergegas menghantar ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan lanjut.

Sampai di Hospital Putrajaya, kami bernasib baik kerana tidak perlu beratur lama mungkin kerana ramai penduduk di Putrajaya pulang ke kampung. Dahlya sempat ditahan selama 2 jam di wad kecemasan dan setelah diperiksa darah, Dahlya tidak menunjukkan tanda2 demam denggi. Alhamdulillah.

Tanda2 pada badan Dahlya menunjukkan anak kecil ini kena penyakit demam campak. Muntah2 dan cirit birit beberapa kali membuatkan badan Dahlya lemah dan lesu. Langsung tidak makan, kami memaksa Dahlya makan dengan menggunakan picagari.







February 10, 2010

Cepat-cepat sembuh

Dahlyatunnuha!! semoga senyum dan riang selalu

Ketika sihat dahlya suka naik motor bersama Engku


dahlya pada hari ketiga


dahlya cuba melepaskan dirinya


Harini rasanya Dahlya mungkin akan sembuh, kerana sepanjang malam Dahlya tidur dengan nyenyaknya. Selama seminggu Dahlya kurang tidur kerana batuk dan selsema mengganggunya. Dan 3 hari berturut-turut Dahlya terpaksa menggunakan gas bagi mencairkan kahak di paru-parunya. Mujur Dahlya tidak ditahan Wad, Engku dan Umi bergilir menjaga Dahlya di rumah.

Walaupon Dahlya semput, dia tetap lasak. Mencipta mainan sendiri..bila merangkak di hempasnya badan ke lantai.. ishh!! ngeri sekali bila dihempas dadanya ke lantai. Memanjat dan merangkak melewati sehingga ke bilik dan dapur. Tetapi pabila malam? kasihan melihatnya seperti orang tua yg sesak nafas.

Hobi baru dahlya membaca buku.. hihiii


Walaupun semput lasak mmg pasti!!


lihat muka dahlya pabila kene marah

February 04, 2010

Mandi

Lihat bagaimana telatah Dahlya bila jumpa air. Bukan main sukanya dia



February 03, 2010

Hari bertemu pelanggan

Paris Hilton hidung pesek kepenatan melayan tetamu





Semoga hanti dpt bb yg comel!!
(Pic dicilok dari FB Masliza)

Antara Pelanggan yg perlu di layan.. huhu
(Pic dicilok dari FB Masliza
)

Dari hari Jumaat sehingga Isnin kami sekeluarga bercuti bertemu atok&wan di Klang dan atok&andung di Selayang. Cuti yang panjang ini mmg di tunggu-tunggu oleh kami. Kebetulan 3 hari tersebut Engku menjadi OP untuk walimatul urus Dijah (kawan Ucu di Klang dan Gombak) Di Klang Engku belikan Dahlya subang baru yang berbentuk "Hello Kitty". Lepas je shopping kami terus ke rumah Kak Umai & Baby Madihah.

Bergambar bersama kak Umai dan baby Madihah

Hari Ahad puas Dahlya bermain ngan Andung dan Atok, rumah andung mmg luas jadi puas la dahlya merangkak.

Main sorang2 di pintu andung

Kami ke Mid Valley pada Hari Wilayah! melihat air pancut dan beli kamera apamacam dahlya?? seronok??


Engku berjanji ngan Umi nak bawak kami ke Genting bila Dahlya dah pandai jalan. Apa lagi Dahlya?!!! tateeeeh!!!!

Berdiri sambil bertepok

Dahlya si Rama-rama