Sampai di Hospital Putrajaya, kami bernasib baik kerana tidak perlu beratur lama mungkin kerana ramai penduduk di Putrajaya pulang ke kampung. Dahlya sempat ditahan selama 2 jam di wad kecemasan dan setelah diperiksa darah, Dahlya tidak menunjukkan tanda2 demam denggi. Alhamdulillah.
Tanda2 pada badan Dahlya menunjukkan anak kecil ini kena penyakit demam campak. Muntah2 dan cirit birit beberapa kali membuatkan badan Dahlya lemah dan lesu. Langsung tidak makan, kami memaksa Dahlya makan dengan menggunakan picagari.






No comments:
Post a Comment