February 10, 2010
Cepat-cepat sembuh
Harini rasanya Dahlya mungkin akan sembuh, kerana sepanjang malam Dahlya tidur dengan nyenyaknya. Selama seminggu Dahlya kurang tidur kerana batuk dan selsema mengganggunya. Dan 3 hari berturut-turut Dahlya terpaksa menggunakan gas bagi mencairkan kahak di paru-parunya. Mujur Dahlya tidak ditahan Wad, Engku dan Umi bergilir menjaga Dahlya di rumah.
Walaupon Dahlya semput, dia tetap lasak. Mencipta mainan sendiri..bila merangkak di hempasnya badan ke lantai.. ishh!! ngeri sekali bila dihempas dadanya ke lantai. Memanjat dan merangkak melewati sehingga ke bilik dan dapur. Tetapi pabila malam? kasihan melihatnya seperti orang tua yg sesak nafas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment