darmansyah

January 26, 2010

Hanya Dahlya sorang yang tahu..

salam hormat kepada pengunjung2 blog dahlya yang setia, Umi dan Engku agak sibuk dengan bebanan kerja sehingga membawa kerja2 pejabat ke rumah. Sehingga kami tak sempat untuk merakam gambar dahlya yang kini sudah berusia 10 bulan. Dengan penambahan bulan bertambahlah akal dahlya. Dahlya suka meniru apa yang dia lihat. Menari, tersenyum dan mengemas!!! konon kemas!

Bagi pengunjung2 Dahlya yang dah tau, Dahlya memang sudah pandai sebut "Umi", tapi si kenit ni tak pandai lagi memanggil "Engku" untuk pengatahuan semua, 1 perkataan yang engku selalu sebut tu la.. yang boleh dahlya tiru!! nak tau?? iaitu perkataan "Adoi" Pernah 1 hari dahlya menyebut 100 kali "Adoi" . Padan muka engku kerana selalu merungut setiap kali dahlya lasak. "adoi dahlya".. jadi tahniah la ye dahlya.. Aduii.. walaupon x faham ape itu "adoi"

i luv canon

kusyuk melihat warna dan bentuk

Bila dah sebesar gini, agak mudah menjaga dahlya. Pasang sahaja CD "Brainy Baby" pastinya dahlya kusyuk melihatnya, terangguk2 mungkin faham gaknye?? hihii..

Ada 3 siri : Left Brain, Right Brain dan Peak A-boo. Siri Left Brain dahlya tak berapa memberi perhatian, mungkin dia pening melihat angka dan huruf.. hmm aliran seni?? jangan la ikut engku dan umi ye dahlya!
tak hirau sekeliling


ada 3 koleksi utk setakat ini


Rambut Dahlya semakin lebat

Bercerita tentang tajuk, sebenarnya muka Wan Dahlya (nenek) dengan muka bekas Mak (penjaga dahlya) ada iras yang sama, setiap kali dahlya bertemu Wan, pasti dahlya akan sesak napas (nak nangis)..mencebik dan terus menangis teresak tak mau ngan Wan. Kenapa ya? orang lain.. cina, india sesapelah dahlya tak pernah kesah bila didokong, tetapi Wan? dia akan meraung dalam 1 jam baru dia cam itu wan.. Berpuluh2 kali berjumpa ngan wan gelagatnya tetap sama.. hmm.. hanya Dahlya sahaja yang tau.

January 06, 2010

Idea


Ini video aktiviti kami sekeluarga bila ada masa terluang. Pergi ke mana2 show room barangan rumah untuk mencari idea ubahsuai rumah.

video

January 05, 2010

menggayakan jilbab danish

selamat pagi umi!

jom kite g sekolah!!

Dahlya sudah 9 bulan 1/2, hmm.. pelbagai gelagat dahlya yang melucukan dan mengeramkan Umi dan Engku.

Dahlya suka sangat menyanyi, bila Umi menyanyi jek die akan menyahut terjerit2!! Dahlya suka ambil majalah, buku atau kertas untuk dimakan, pabila umi menegahnya dia akan tersenyum dan mengacah2 umi. hmm .. geramnya!!

Gambar ini, umi amik pagi tadi, sedang Dahlya tidur, umi pakaikan dahlya tudung apalagi!! terus dahlya bangun!! nasib dia tak perasan tudung di kepalanya!! huhuu.. Dahlya sangat comel berjilbab! Jilbab ini Engku belikan di Medan jenama Danish, siap dengan baju dan seluar sekali, tetapi malangnya Dahlya kene beso skit baru boleh muat yee!!


baru bangun tido, mencari engkunya