darmansyah

January 28, 2011

Bila Dahlya beraksi!

Dahlya suka menari, menyanyi dan bermain.. tengokla betapa gembiranya Dahlya bila mendengar lagu "OK!'


video

dan ini sgt lucu!!! baru nak mengeja susu, mata yg paling cekap di tangkap ialah "****" hahaha..
video

January 27, 2011

Nasi Ayam Sedap

Makanan paling disukai oleh Dahlya ialah "bubur McD dan Nasi Ayam cam Ummi.. tengokla gayanya ketika menikmati makanan kegemarannya..


video

January 25, 2011

Pameran fotografi WORLD PRESS PHOTO

Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga pergi melihat pameran World Press Photo di Pusat konvensyen Kuala Lumpur. Pameran fotografi ini sangat menarik dengan mengumpulkan beberapa gambar yang menang dari pelbagai kategori dalam bentuk fotografi jurnalistik.








January 21, 2011

Ucu ke UK

3G dengan Acik Nana dengan menggunakan samsung galaxy

Rabu 19 Jan, Ucu telah terbang ke UK untuk menyambung pengajiannya di sana, dengan 1 tahun 6 bulan bagi mendapatkan Master dalam bidang HR. Dahlya seperti mengerti Ucu akan pergi jauh.. asyik berkepit sahaja. Kemana-mana memegang tangan Ucu. Pengunjung - pengunjung blog Dahlyatunnuha mungkin sudah tau keakraban Dahlya dan Ucu.. Ucu yang menjaga dahlya semasa masih bayi lagi. Tetapi Ucu takut dan geli basuh najis Dahlya!! hahahaa.. ok la.. ape2 pon Ucu selamat tiba disana.. semoga rajin2 belajar jaga diri dan jgn lupe solat.



sentiasa berkepit

Pak Usu pon kene tinggal.. sian pak usu Dahlya


lambaian terakhir

Foto keluarga


menunggu panggilan dari Ucu


pose yg terakhir.

January 17, 2011

Macam2 Iklan

Macam2 iklan dan kad jemputan yang dimasukkan ke dalam peti pos Baitunnuha, dan yang paling menjengkelkan apabila iklan2 ini sengaja dibaling dan diselerakkan ke lantai parkir kereta rumah kami. Cukup menyakitkan mata, tidak cukup tiang elektrik, pondok telefon dan rumah janakuasa TNB. Jelas orang kita masih tidak sedar akan kehidupan orang lain. Suka atau tidak kita terpaksa menerimanya kerana pihak berkuasa juga tidak pernah mahu mengambil tindakan terhadap orang yang berkenaan. Teringat pada jumaat yang lalu pihak DBKL bertungkus lumus membersihkan segala iklan yang ditampal di tiang2 elektrik sekitar Wangsa Maju.



Ah Long, Iklan yang ada dimana2, agak2 mesti kayakan bapak Ah Long nih...

Ah Long lagi...

Ah Long lagi, kad jemputan kenduri kesyukuran dan macam2 lagi iklan yang ada

Mungkin tren terkini menghantar kad jemputan sekadar meletakkan ke dalam peti pos. (tak maniskan kalau menjemput bukan dengan mulut, walhal jemputan ini datangnya dari jiran belakang rumah)

Contoh iklan

January 13, 2011

Macammana Dahlya Tidur?

Mentadak..mentadu.. "macammana Dahlya tidur..?" mcm dlm gambar ni la!!


Dahlya sgt selesa tidur seperti itu.. kalo umi tarik kakinya supaya lurus.. die tetap akan bengkokkan kakinya tu. Cara tidur ini dari Dahlya masih bayi lagi sehingga la umurnya mencecah 22 bulan. Sudah bnyak kali umi tegur.. takut gak terbawa smpai ke anak dara!!?? hahaa... syg Dahlya...

January 11, 2011

Papan Tanda Baitunnuha

Secara rasmi papan tanda Baitunnuha (rumah Nuha) telah dipasang. Idea ini telah lama ingin dibuat. Pernah bertanya harga di kedai iklan harganya agak mahal, sekitar RM190.00 tapi Engku cari material ini sendiri pergi ke kedai Acrilic di Jalan Tun Razak RM58.00 dan menempah stiker RM32.00 di Selayang Mall. Alhamdulillah, jimat juga dan berpuas hati hasilnya.

bahan Acrylic dan striker ditampal dari arah belakang dan tulisan NUHA dimerahkan

Sebelum dipasang

Selepas dipasang

Kontrol senyum

Dan senyum juga akhirnya...

January 05, 2011

Gelagat Dahlya.

Dahlya dah besar nanti tgkla video ini ye.. gelagat anda ketika berusia 20 bulan.
Lucu dan comel.


video
Nobody - wonder girl


video

Hot Dog KFC