darmansyah

January 17, 2011

Macam2 Iklan

Macam2 iklan dan kad jemputan yang dimasukkan ke dalam peti pos Baitunnuha, dan yang paling menjengkelkan apabila iklan2 ini sengaja dibaling dan diselerakkan ke lantai parkir kereta rumah kami. Cukup menyakitkan mata, tidak cukup tiang elektrik, pondok telefon dan rumah janakuasa TNB. Jelas orang kita masih tidak sedar akan kehidupan orang lain. Suka atau tidak kita terpaksa menerimanya kerana pihak berkuasa juga tidak pernah mahu mengambil tindakan terhadap orang yang berkenaan. Teringat pada jumaat yang lalu pihak DBKL bertungkus lumus membersihkan segala iklan yang ditampal di tiang2 elektrik sekitar Wangsa Maju.



Ah Long, Iklan yang ada dimana2, agak2 mesti kayakan bapak Ah Long nih...

Ah Long lagi...

Ah Long lagi, kad jemputan kenduri kesyukuran dan macam2 lagi iklan yang ada

Mungkin tren terkini menghantar kad jemputan sekadar meletakkan ke dalam peti pos. (tak maniskan kalau menjemput bukan dengan mulut, walhal jemputan ini datangnya dari jiran belakang rumah)

Contoh iklan

No comments:

Post a Comment