darmansyah

December 29, 2010

hello kitty


Peminat hello kitty!!

Ahad lepas dahlya dapat 2 beg Hello Kitty dari Umi, bag pack dan luggage.
Wah.. hari Ahad Dahlya dah melaram beg barunya.. "ucu!!! comel tak dahlya?"




Kami sekeluarga mengucap selamat menyambut tahun baru!! Dan Azam kami sebagai ibubapa ingin melihat Dahlya kesayangan kami ini membesar dengan sihat dan comel, menjadi anak yang cerdik dan soleh. Amin...

December 21, 2010

Jalan2 ke KUIS






Bulan merehatkan diri dirumah. Tidak pergi ke umah Andung ataupon Wan. Duduk rumah merenggangkan otot setelah seminggu bekerja. Kasihan Dahlya tidak kemana2. Jadi kami mengambil inisistif berjalan2 di sekitar KUIS. Seronoknya Dahlya berlari kesana ke sini. Dahlya dapat berjumpa Husna anak K.Lin (bos umi) Kebetulan Hari Ahad lepas Umi mmg sedang menyiapkan persiapan terakhir untuk Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang.

Ha!! comel tak meja Dahlya?? Meja ini dihadiahkan oleh Wan. Meja belajar merangkap meja makan. Sebenarnya Dahlya suke memanjat kerusi makan kami, dan selalu terjatuh dan terhantuk di lantai. Bila ada meja ini Dahlya sgt berdisplin tau.. Miimi.. mamam sini.. (sambil menunjuk di mejanya). Terima kasih Wan!!

December 15, 2010

Kepelbagaian reaksi muka Dahlya

Video ini menunjukkan kepelbagaian muka Dahlya akibat terpengaruh dari vcd yang ditontonnya seharian. surprise face, sad face, curious face, happy face, mad face, silly face, sleepy facee, sorry face, excited face merupakan pelajaran yang terbaik untuk Dahlya. Semua video yg ditonton oleh Dahlya dimuat turun dari lama youtube.



video

December 14, 2010

The Skeleton Dance

Lagu ini merupakan lagu kegemaran Dahlya, dengan cara pengajaran yang asas untuk anak kecil ini bagi membolehkan perkembangan otak dan fikirannya. Super simple song sangat sesuai untuk kanak2 yg berumur seperti Dahlya. Lihat bagaimana Dahlya menari sebaik mendengar lagu The Skeleton Dance di putarkan walaupon ketika itu dia belum bangun dari tidurnya.


video

November 30, 2010

rindu dahlya...



28 Nov - 3 Dis umi terlibat dalam seminar ICIT di Petaling Jaya. Dengan sedih hatinya Umi menginap di hotel tanpa Dahlya....sedih sangat2......

di tapak pameran KUIS

Tiap-tiap hari umi hubungi Dahlya untuk menyanyi dan bercakap-cakap dengan bunga Umi ni..
Wan kate... tak susah jaga dahlya.. sampai dah berak die panggil wan.. "Wan.. ahia..oooork.." sambil memegang punggung die sendiri.. maksudnya Dahlya berak... hihii...

Dahlya rindu kat umi.. die beri henpon atok... "Abah..mimiie.. ".. sangat-sangat comel!!! Malam ni.. malam terakhir umi disini... cedih siut tak dpt sakat dahlya.. ;p

majlis makan malam.. umi memilih arabian dress

November 26, 2010

Dari Brainy Bright

Umi pengumpul koleksi cd Brainy Bright, Brainy Bright banyak membantu Dahlya mengunakan dengan sepenuhnya otak kiri dan kanan. Antara koleksi yang ada Brainy Left, Brainy Right, Peek Boo, Music, ABC, 123, Color, Animal,Shapes dan English. Dahlya tau bunyi binatang, boleh menghafal dari A-Z, 1-10 dan banyak lagi!!

Semakin teruja kami melihat kecekapan Dahlya. Kami sangat berharap sudah besar nanti Dahlya masuk Universiti!! Amin..

Gambar-gambar di bawah adalah Poker Face bnyak muke Dahlya dah pandai, bile umi sebut SAD!! muke dan suara dahlya jadi SAD.... sgt cerdik!


sad

silly


happy


excited

November 25, 2010

selamat ulang tahun buat Engku kami!

kami!! kesayangan engku


Harini genap umur Engku ke 33!! sempat umi dan Dahlya mengucup Engku sedang tidur jam 12 tgh malam. Semoga Engku sukses dan memperolehi keberkatan dariNYa.

Engku seorang yg amat susah di fahami. Tetapi Engku seorang yang sgt bertanggungjawab dan penyayang. Semenjak Dahlya dilahirkan banyak sikap Engku berubah .. dah banyak kali umi tengok Engku tergelak/ ketawa!! melihat gelagat Dahlya yang lucu.

Engku.. Dahlya dan Umi sangat sayangggggg.. dengan kamu!! Semoga kasih syg kami bertiga berkekalan dan bahagia di Baitunnuha.

mangsa fesyen!! Umi mmg suke watak chun li..Abugen..abugen..

November 23, 2010

MAK ANDAM DAHLYA

video

semue peralatan makeup dahlya tau.. kegunaan berus blusher.. berus pembayang mata dan celak!! haha... so funny!!

Doa Selamat di Baitunnuha

maceh semue!!


Engku kepingin anak kembar ye?



masa untuk makan! antara tetamu dr surau yg hadir



Baby sitter sedang memberi makan bubur kpd anak2 gadisnye

20hb Nov 2010, kami sekeluarga membuat kenduri doa selamat di Baitunnuha. Apa yang dirancang selama ini menjadi kenyataan. Sudah lama kami mengimpikan untuk menjamu jiran-jiran dan sahabat2 kami di Baitunnuha. 

Makanan yang disediakan tentulah nasi putih berlauk Ayam rempah (acik aris masak), Kuah lemak cili padi daging, sayur campur, Ulam pucuk paku (acik shida masak) dan Wan membuat Bubur jagung yg sgt enak. Umi hanya buat sambal belacan dan Air Bandung Tarik!! memang menepati selera tetamu kami semua.

Terima kasih kpd semua tetamu yang hadir. Atok dan Maklong Dahlya yg rajin menolong kami. Shukran!! ops.. umi lupe nak amik gambar dr awal hingga akhir.. tetamu ramai ooo

November 16, 2010

Selamat Eid Adha

Kepada pembaca blog Dahlya, kami mengucapkan selamat menyambut Eid Adha. Mari kita sama2 memperingati peristiwa Nabi Ibrahim mendapat wahyu dari Allah supaya mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Ketika Nabi Ibrahim bersedia untuk mengorbankan, Nabi Ismail digantikan dengan Domba atau Kambing atau Kibas.

November 15, 2010

Jalan2 ke Jaya Jusco

6 November, Sabtu lepas kami membeli belah di Jaya Jusco, Bukit Tinggi Klang. Kami terlupa hari Sabtu kempen No Plastic Bag!! jadi terkuntang kanting la barangan yg dibeli oleh kami di dalam bakul hehe..

Bab jalan Dahlya No.1!! Dahlya sgt seronok dpt makan Kenny Rogers. Maceh ye Engku!!


Mangsa pesen!!

Maceh Engku!

Menunggu makanan..


Umi dan Dahlya

Baca doa dulu yerr..


Makan muffin dulu yerr

November 12, 2010

Taman Botanic

Sengaja pada hujung minggu yang lalu kami tidak mengunjungi rumah Andong di Selayang mahupon Wan di Klang untuk beridah sekeluarga di Putrajaya. Rancangan awal nak ke persekitaran Masjid Putrajaya tapi kami batalkan dan bertukar arah ke Taman Botanic. Ketika didalam kereta, Dahlya sedang tidur, bila dah sampai seperti terkejut dia melihat persekitaran yang cantik sehingga nangis tak nak pulang ke rumah.

sunset di Taman Botanik

Senyum ceria dapat bermain sendirian

Kami bertiga

Hello...Wan, minggu depan kami balik sana ya...

Persekitaran Taman Morocco

Taknak main bersama

November 10, 2010

Permainan kegemaran Dahlya

Gambar dibawah, diantara permainan kegemaran Dahlya. Permainan ini dibeli oleh Umi untuk pembangunaan akal dan fikiran Dahlya.


October 27, 2010

Cuti Am













Hujung minggu la paling Dahlya seronok, kerana Umi dan Engku tak kerja. Banyak masa untuk kami bersama. Hari Sabtu kami pergi IKEA mencari stool bar dan beberapa pekakas rumah. Umi kepingin untuk membeli meja Dahlya tapi ongkos umi tak cukup la.. tunggu ye sayang..

Hari Ahad kami ke Jemputan Majlis Perkawinan kawan sepejabat Engku.. cantik orangnya di dewan UIAM.

October 22, 2010

Senyum dan nangis

Lihat foto di bawah, pada mulanya Dahlya suka bila diajak ke sekolah. Apa yang paling melucukan Dahlya nampak comel ketika menangis. Akhirnya beg sekolah Dahlya dibuang ke lantai sebab tak nak ke sekolah.