darmansyah

June 20, 2011

Dahlya menyanyi

Video di bawah ini aktiviti Dahlya dihujung minggu. Lagu ini lama sudah dia hafal semenjak dari umurnya setahun. Kini dia mula menghafal cuma sebutan anak kecil ini belum fasih.
Super Simple Song banyak membantu dalam pembangunan otak Dahlya.




June 09, 2011

Berdoa



Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

  1. Sebelum anak tidur.
  2. Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
  3. Selepas anak bangun tidur.
  4. Selepas anak mandi.
  5. Selepas anak solat.
  6. Selepas anak membaca al-Quran.
  7. Selepas anak berdoa.
  8. Selepas anak beriadah.
  9. Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

June 06, 2011

Macam2

Sedia maklum, musim cuti sekolah sememangnya musim orang kahwin. Seawal pagi Sabtu kami sekeluarga bangun kerana berencana pergi ke Ikea untuk membeli hadiah perkahwinan Azman & Anis dan pasangan Anna & Hasnul. Kedua2 pasangan ini merupakan teman Engku.

Sempat posing 'peace'

Azman kawan, dan fotografernya (Majlis berlangsung di Dewan komuniti Intan Baiduri)

gaya lapar

Anna& Hasnul (majlis ini berlangsung di dewan INFRA Bangi)