darmansyah

October 10, 2011

Taman Tema Baitunnuha..

Engku sedang memasang gelongsor/slide sambil mengomel.. "dah macam taman tema.. tadika pon ade.." Umi tersenyum-senyum sahaja mendengar Engku memerli.. dan Dahlya terlompat girang...

Isnin lepas Umi dan Dahlya keluar rumah senyap2 membeli gelongsor "slide" di UKM atas tangan orang. Memang agak murah dia jual.. semua ini kerana bunga kesayangan Umi la.. sian.. padahal depan rumah mmg ada taman permainan.. tp takde siapa nak temankan Dahlya nak bermain di waktu petang.. (umi kejo memasak nak oi.... )




merasmikan gelongsor/slide baru.. 




Ahad lepas Engku membawa keluar gelongsor dan mengajak anak2 jiran bermain sama Dahlya..











October 05, 2011

Santai di Hujung Minggu


aksi comel konon


Sabtu dan Ahad lepas kami sekeluarga memilih rumah adalah destinasi percutian kami.. ;p mengemas rumah dan sarapan bersama-sama. Seronok rasanya bila bercuti dan berehat di rumah sendiri. Dahlya suka bersarapan Mihun Goreng dan Roti Canai.. Kalo mihun goreng boleh la Umi masaknya.. roti canai.. pilihan mamak je laa...






Video ketika makan roti canai 




Hobi terkini Dahlya adalah mengambil gambar.. habis ketiak, kaki, hidung orang di tembak nya.. bila di belek2 data dari kemera..hanya 2 keping gambar sahaja yang boleh Umi letak kat blog awak ni  Cik Dahlya.. ok tak gambar yang dishoot oleh Dahlya ni??


2 pic credit by - Dahlya


Selain itu Dahlya suka juga bergaya di hadapan kemera.. dan bersolek!! Kami sibuk mengemas rumah.. dalam diam-diam die selongkar tas tangan Umi terjumpa lipstik!! apa lagi.. diconteng bibirnya..mungkin Dahlya ingat lipstik yang dipakainya membuatkan dia comel??



seksi tak??