darmansyah

August 25, 2009

5 Hari Ketiadaan Engku.

Sebelum memulakan cerita Dahlya.. di kesempatan ini Umi mengucapkan

Sudah 5 Hari Engku pergi ke Acheh atas urusan kerja, Engku berpeluang berpuasa di Acheh! Amacam? seronok?? Dan Dahlya?? terpaksa mengharungi hari-harinya ketiadaan Engku. Kurang bermain dan kerap menatap gambar Engku di gantung pada dinding. Mungkin Dahlya rindu..... Mujur Wan dan Atok sudi menemani Umi dan Dahlya.. cuti sekolah selama seminggu membolehkan wan membawa atok lepak di Bangi.

dahlya tengah sedih.. mujuk itik sudi menemani dahlya

Malam tadi umi menghubungi Engku di Acheh.. pabila Dahlya mendengar suara Engku.. wah!! seronoknya dia.. terenjut2 badan dia.. Memang Dahlya rapat dengan Engku.. sebab Engku rajin bermain dengan Dahlya setiap hari selepas balik dari kerja.


sedang bergumbira pabila mendengar suara Engku

Harini Tanggal 25hb Ogos, Hari Ulangtahun Abah (atok) yang ke -61 Tahun!!! epy bezday Abah! dan esok Engku akan pulang pada jam 5.45 petang. Tentu Engku ada bawa buah tangan untuk kami berdua!! hihii... Luv u so much!! ahak..ahak..

Hooray!! Engku nak balik!!!

August 21, 2009

360 bulan vs 5 bln

Ini Umi! ketika berusia 3 bulan

Dahlya, ketika berusia 1 bulan

Hari ini tepat Umi berusia 30 tahun dan Dahlya 5 bulan!!!
ish..ish..
Sekarang hidup Umi dan Engku berubah dangan kelahiran Dahlya.
Lebih matang dan bertanggung jawab..cheewah!
Terima Kasih Wan dan Atuk melahirkan Umi dan membesarkan Umi.
Bila melihat Dahlya, Umi sgt insaf pada diri sendiri. Umi sgt2 nakal mmg memeningkan orang tua.
hahhaaaaa......
terima kasih mak! terima kasih abah!!


ps: ari ni Umi dapat 2 biji kek!! terima kasih pada kak syikin belikan kek yg sedap de Vas!! dan gang jaja, uncle mat dan waq nan yg mengacau umi jam 2pg kelmarin.

August 11, 2009

sEMiNggU beRsaMA uMI

Dahlya bersama Irdina (tua sebulan dr Dahlya je)

Dahlya pakai skaf umi..

Virus H1N1 semakin menular di Malaysia, menakutkan, ramai yang meninggal sehingga kini jumlahnya 36 orang. Dan KUIS tempat kerja Umi tidak kecuali menutup premis selama seminggu. Mungkin di luar sana mengambil kesempatan untuk bersiar-siar, balik kampung atau pergi melancong. Dan Umi? baik duk rumah.. jaga Dahlya, bayi/kanak-kanak dan warga tua paling mudah mendapat jangkitan kerana antibodi tak kuat. Hal ini amat menakutkan, tul tak??


video
Dahlya brsama baby gym kak umai

Jadi selama seminggu la Umi berpeluang menjaga Dahlya!! seronoknya dapat main, mandi tidur bersama Dahlya. Dahlya mcm paham je.. bangun tidur bila nampak Umi disisi pasti tersenyum manja. Seronok seh!!! kalo la Umi tak kerja mesti Dahlya lagi Syok.. tapi apakan daya.. Umi perlu menolong Engku. Jadi Dahlya kena la paham. tul tak Dahlya??? Ada aja Dahlya mencari akal..

Seminggu dengan Umi..Dahlya juga layan wonder pets.. sbb ade itikkkk yg comel!

apa yang penting!!??? Kerjasamaaaaaaaaaaaaaa

August 06, 2009

bila dahlya panjang akalnya


* paparan gambar kurang kualiti, kerana kami shoot pakai camcoder FS100.

hm.. dahlya sudah 4 bulan macam-macam gelagat dibuatnya. Itu baru 4 bulan.. belum lagi 4 tahun :D kalo nak tido pelbagai ragam Dahlya buat. ish....

video

kalo Dahlya boring die akan main air liur....brrrrrrrrrrrrrrrrrrr....


video

video bawah ni plak bile bukak baju.. kalo pakai pampes agak slowmotion, cube kalo bolen?!! laju die mengesot.. tp maaf la.. yg bolen tak boleh dipaparkan.. nanti Dahlya malew.


video

Sekarang ini Dahlya kene minum susu campur formula dan susu umi.. sebab Dahlya semakin membesar susu umi tak cukup untuknya.. jadi kena la campur. Sian Dahlya, manetaknye sehari umi kena perah 2 botol?! camne ye :( ish....