darmansyah

April 29, 2009

My Kid


Tepat jam 8pagi, engku dah tercongok di depan pintu Jabatan Pendaftaran Negara. Orang yang pertama menunggu didepan pintu dan dapat no giliran 2001. Setelah menunggu beberapa minit untuk pegawai Jabatan Pendaftaran Negara bersiap untuk memulakan kerja, no giliran engku tertera dipapan nombor panggilan.

Assalamualaikum dan selamat pagi puan, salam engku tidak dijawab. engku tak ambil peduli tetapi kewajipan seorang umat manusia, tatacara dalam kehidupan perlu ada di praktik kan dalam kehidupan seharian. Yang nyata, pegawai Jabatan Pendaftaran Negara berbangsa India yang menjaga kaunter ketika engku beratur untuk mendapatkan nombor giliran tadi lebih ramah dengan senyum dan mengucapkan selamat pagi pada engku jika dibandingkan dengan pegawai ketika engku mengambil My Kid Dahlya yang berbangsa Melayu sudah tentunya beragama Islam. Hakikatnya pegawai tadi tidak ramah dan berkemungkinan beliau belum sarapan pagi agaknya.

Hari ini, Rabu, 29 April 2009. Akhirnya Dahlya sudah dinobatkan sebagai warganegara Melaysia dengan rasminya dan My Kid Dahlya sudah berada ditangan engku. Peliknya juga saya, kad pengenalan ini diberi nama MY KID, walhal My Kid adalah perkataan orang Inggeris. Ini la negara Malaysia. Engku tak ambil pusing mengenai bahasa dan yang penting blog ini cuba ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

My Kid Dahlya dikeluarkan di Jabatan Pendaftaran Negara Gombak, Selangor

April 23, 2009

Sebulan sudah

"sesenduk engku, sesenduk umi, sesenduk ucu" ehhhhhh!! ape kene mengena ngan ucu??? Dahlya minum bnyak smpai kembong.. nk bg ucu plak??? lagu tu dinyanyikan oleh wan ketika Dahlya sedang kembong..

Sudah genap Dahlya berusia sebulan. Pada mula lahir bayi dilahirkan mukenya sering berubah2 tak terkecuali dengan Dahlya.. sekejap macam muka Ucu, muke Paklong, muka Umi, muka Engku, muka Atok.. Dah sebulan hanye 1 je Dahlya cilok dr Umi iaitu bibir.. yg lain.. dahi, mata, bulat semua copyright Engku.

Skrang Dahlya pandai menojang kaki, dan meniru gaya org..menjelir,kelip2 mata.. setiap hari ade je panjang akalnye...

Disediakan oleh Umi

April 20, 2009

Hadiah

Menjadi kebiasaan dalam sesebuah institusi pekerjaan apabila rakan sekerja mendapat anak yang baru dilahirkan, pasti rakan2 yang lain akan mengumpul duit dan membeli barang2 hasil kutipan tadi dengan barangan bayi.

Begitu juga dengan Engku, Dahlya telah menerima beberapa hadiah dari rakan sekerja yang terdiri dari pembuat arca, pereka grafik, pereka dan pembangun barangan baru. Agak lucu apabila jawatan2 rakan sekerja di bahasa Melayu kan kerana kadang2 ada jawatan yang kurang enak didengar tapi itu lah kenyataannya.Kita tetap bangga dengan bahasa ibunda.

Berbalik ke topik asal, hadiah yang diberi untuk dahlya berupa:-
1. 2 pasang baju
2. Satu set barangan mandi
3. Satu set alatan botol minuman bayi







Setinggi2 ucapan terima kasih kepada rakan sekerja Engku yang susah bersusah payah mengumpul duit dan memberi hadiah.Engku,Umi dan Dahlya sangat menghargai keprihatinan kalian.

April 16, 2009

Atok



Atok sekarang mendapat tugasan baru apabila Dahlya dilahirkan dimuka dunia. Atok (nama sebenarnya Abdullah) adalah merupakan seorang pesara dari hospital Klang yang dahulunya suka melepak setiap pagi dan petang didepan jalan masuk rumah. Atok duduk membaca surat khabar Sinar dan Kosmo pagi di kedai surat khabar berbangsa India sebelum membawa surat khabar itu pulang untuk bacaan Wan dan Cikgu ketika burung2 berterbangan pulang menanda hari mulai senja.

Kini semenjak kelahiran Dahlya, aktiviti seharian Atok berubah. Tidak seperti dulu boleh melepak dan berborak2 bersama kawan2. Atok dengan ikhlas hati menjaga Weet dan Dahlya.
Tugas harian Atok ketika ini bermula dari jam 7pagi. Atok akan memanaskan tungku Umi dan seterusnya memandikan Dahlya dan menyiapkan Dahlya dengan wangi2an selapas mandi setrusnya memakaikan baju.

Sekitar jam 10pagi, Atok akan membasuh baju Dahlya menggunakan tangan dan menyidaikannya. Perlu diingat kepada pembaca, sila basuh pakaian bayi anda dengan menggunakan sabun mandi kerana takut PH pada sabun baju terlalu tinggi. Selepas selesai semua, Atok akan mula memasak makanan pantang Umi dan ahli keluarga yang lain. Makanan ibu pantang berlainan dengan makanan orang yang sihat. Sebagai contoh makanan ibu pantang perlu direbus atau masak stim. Manakala ikan pula perlu berasaskan ikan yang tidak gatal2 kerana Umi melahirkan Dahlya melalui pembedahan.

Tepat Jam 2petang, selepas sholat Dzuhur. Atok akan memastikan Umi makan tengah hari manakala tugasan Ucu buat sementara menjada Dahlya. Ucu merupakan mahasiswi KUIS yang ketika ini sedang bercuti selama sebulan, maka cuti Ucu dipenuhi dengan aktiviti menjaga Dahlya sambil2 melihat internett. Ucu jaga Dahlya dengan cara sedikit ala2 rock kapak ataupun rock Dewa.ehehe..macam2 gaya die buat kat Dahlya tapi satu yg kurang kat ucu ni... nak tau ape?? "Abahhhhhhhhhhhhhhhh!!! Dahlya beraaaaaaaaaaaaaaaaak!!!" jadi ketika Dahlya berak atok la kene tukarkan kain lampin.. hehheeee..

Ketika malam menjelang tiba, tut tet...tut...tet... bunyi penggera keselamatan kereta Wan, menandakan Wan sudah pulang dari tugasan beliau sebagai seorang guru agama di sekolah rendah agama. Bermula lah tugas Wan menjaga Dahlya dan Umi sepanjang malam. Wan akan tidur disebelah Dahlya, tukar kain lampin dan sapu minyak kayu putih Cap Ayam Jago untuk mengurangkan perut kembung. Apabila Dahlya tidak tidur malam, Wan yang akan memujuk Dahlya untuk tidur sambil menimang2, Dahlya tersenyum....



Tulisan ini sebagai tanda terima kasih yang tak tehingga Engku kepada Atok, Wan dan Ucu kerana besusah payah menjaga Dahlya.

Walaupun bahasa Melayu pada Penulis blog ini tidak sepuitis seniman negara tapi penulis cuba menulis dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya tanda protes kepada PPSMI.

April 15, 2009

Menang






Percaya atau tidak, gambar diatas sebenarnya hanyalah untuk simpanan Engku semata2 untuk memenuhi beberapa slot frame gambar yang baru dibeli dari IKEA. Foto frame ini ada beberapa keping gambar didalam satu frame bagi diisi setiap perjalanan Umi dari mengandung hingga bersalin anak sulung kami.

Sms dari kawan Ucu bertulis, "Ja, ko beli majalah PA&MA bulan Mei tak? Kakak ko menang ibu hamil menawan tuk bulan Feb...;) ni mesti ko yang tangkap". Ucu yang tangkap?ehehehe..Rasa terkejut juga dengan sms yang dihantar tadi.

Engku tak pernah bermimpi untuk menang apa2 pertandingan fotografi walaupun sekarang bekerja sebagai ahli fotografi (fotografer la..) ehehe..
Pernah sekali menang hadiah saguhati pertandingan Shah Alam Bandaraya Anggerik suatu ketika dulu dan seterusnya Engku tidak pernah lagi menyertai memana pertandingan fotografi.

Pelik, siapa yang hantar foto yang hanya merupakan koleksi keluarga ini. Apabila ditanya pada Umi, Umi mengaku menyertai pertandingan fotografi ini tanpa pengetahuan Engku. Hadiah berbentuk voucher wang tunai RM200.00 masih belum diterima. InsyaAllah jika sampai ke tangan Engku, Engku akan belikan baju baru untuk Dahlya. Alhamdulillah, hari ini rezki Dahlya dalam kandungan. Hari ini pula Dahlya selsema dan tidur tak selesa sambil merengek2 susah untuk bernafas kerana hingus. (Engku sedih...:().

Tidak lupa, terima kasih kepada auntie Salina yg ikut sama2 semasa sesi fotografi Umi berlangsung di tempat kerja Umi (KUIS).


Dibawah ini foto hasil sesi fotografi yang tempoh hari
IMG_8884_weet
Untuk foto2 yang lain sila klik disini



Disediakan oleh Engku

April 14, 2009

Bagaimana bermula?

Nama ini hasil dari pencarian engku yg seminggu setelah dilahirkan putri sulung saya masih tidak mempunyai nama kerana saya tidak membuat persediaan untuk membuat nama kerana takut mengecilkan hati kedua belah pihak orng tua. Apabila ditanya dengan wan, wan juga tidak ada persediaan untuk nama baby kecik mungil nih. Bila ditanya Atok dan Andong pulak, mereka tidak memberi apa2 komen, hanya menyerahkannya pada engku.

Sebelum ini mmg saya dah berbincang dengan isteri saya untuk memberikan nama kepada baby nih dengan huruf permulaan `D` kerana pangkal nama engkunya juga `D`(Darmansyah). Umi pulak memberi cadangan bermula dengan abjad `A` kerana dia nak anaknya duduk didepan semasa peperiksaan kerana pada masa peperiksaan sesiapa yg duduk didepan akan dimulakan dengan murid2 yg bermula dengan abjad `A`.

Maka engku membuat surfing internett untuk mencari nama2 yg baik untuk baby yg sudah seminggu dilahirkan. Berikut nama2 yang disenaraipendekkan:-


1. Dahliyah - yang pintar
2. Alya - Ketinggian
3. Alwani - warna-warni
4. Amani - Cita-citaku
5. Fatanah - Kebijaksanaan
6. Huda - petunjuk
7. Nuha - Akal
8. Balqis - nama Ratu
9. Najwa - Pembicaraan antara 2 orng pintar
10. Basilia - Ratu Agung (bahasa Yunani)
11. Irmadel - gadis bangsawan (bahasa teutenik)
12. Jeconia - Hadiah dari Tuhan (bahasa Ibrani)
13. Saskia - pelindung manusia (bahasa Russia)

Setelah disenaraipendekkan nama2 di atas saya lebih suka dengan kosakata Dahlya Saskia. Lantas bertanyakan nama ini dengan seorng kawan yg bernama abg.Khairul Adzman yang lebih memahami bahasa2 asing. Beliau mengatakan nama `Saskia` itu selalu digunakan untuk nama binatang peliharaan bagi orng2 Eropah. Maka saya batalkan hasrat memberikan nama `Saskia` kerana takut dengan erti nama yg kurang elok.

Seterusnya pencarian nama ini ditukar menjadi Dahlya Nuha. Dengan ada 2 nama ini saya cukup berminat dengan maksud seperti yang telah diertikan sebelum posting ini. Saya menghubungi pula Atok kerana Atok merupakan lepasan Ijazah Universiti Madinah maka atok memberi pandangan nama itu disambungkan kepada Dahlyatun Nuha. Seterusnya beberapa hari kemudian saya pulang ke Klang (rumah mertua) untuk memastikan lagi nama ini. Maka Wan (Mak Weet) telah memberi pandangan yg sedikit berbeza. Beliau mahukan nama ini disatukan dengan Dahlyatunnuha setelah dahlya dibelakangnye ada 'ta marbutah'.

Maka untuk mengkonfirmasikan nama ini Mak memberikan ejaan baby mengikut bahasa Arab.

Kosakata:-
Umi - Mak
Engku - Ayah
Atok - Atuk
Wan - Nenek
Andong - Nenek



Disediakan oleh Engku

April 13, 2009

Apa ada pada nama?





Dahlyatunnuha??
Bermaksud 'Akal yang Pintar'

Sebenarnye kami tak tahu jantina baby dalam perot ni lelaki atau perempuan.. bila ade oang tanye je.. dah buh nama anak??? pasti Umi jawab lelaki or perempuan namenye "Kuntum" heheee... sebab ramai gak yg sajes name termasuk la bos beso umi. Tapi dalam hati kalo la baby lelaki aku nak letak nama Ahmad Kamil tapi anak perempuan mmm.. aku takmau nama panjang2 smpai 3 rangkap.. maybe Dahlia

Pada 21 March 09 baby gurl dilahirkan melalui csor.. mule2 kene induce gak utk lahir normal sbb air ketuban dah pecah 24jam.. tapi rahim masih bukak 4cm..kebetulan asthma/sempot umi datang.. mmg sah tak normal gamaknye.. jam 4pg terus masuk OT..nyilu.. semue ape yg dioang buat kat perot umi.. terasa.. dan bile nurse tunjuk kat umi baby kat sebelah umi... apelagi.."hey!! baby gurl!!! muke die cam muke man!!! mase tu doktor tengah jahit perot umi..sempat lg blawak kan.

Bile masuk 5 hari bersalin.. Engku(panggilan ayah/papa) minat plak nama Nuha.. atok ckp ala.. dahlya tu belakangnye ade 'ta marbutah' (koang tak tau g tanye ustaz) letak je Tul atau Tun jadi akan menjadi Dahlyatulnuha atau Dahlyatunnuha.. jadi umi setuju la ape engku cadangkan.. Jadi wujudlah anak dara yang bernama Dahlyatunnuha bt Darmansyah.


ps/ haa.. jgn lupe beli majalah Pa&Ma bulan Mei..hihihi.. gambar weet kuar "ibu hamil menawan utk bln Feb"heheee.. tq sym yg shoot umi..kes..kes..



Disediakan oleh umi

April 12, 2009

12 April 2008


Hari ini sudah berumur 21 hari Dahlya dilahirkan..
Mcm2 aksi lucu yg dibuat olehnya..wan cakap Lya takmo bangun,kuat menggeliat dan takmo mandi pada hari nih. Asyik nak layan tido je.eheheh...
Lepas mandi wan bg susu botol, apa lg mata jadi kuyu terus tido dan tak bangun.

Wan pulak gi Giant klang beli tisu basah yg dah habis..bayangkan lya nih pakai tisu basah 2 pack seminggu..alahai...
Umi lak tengah pump susu.


Disediakan oleh Engku

Testing..


Testing...