darmansyah

December 15, 2011

Percutian Keluarga ke Pulau Langkawi Bahagian 2

Sampai di Langkawi rombongan sudah kepenatan dan masing2 tidur didalam bilik. Tiba waktu makan malam kami semua berangkat ke sebuah restoran di Pekan Kuah

Keesokan harinya baru la kami merancang untuk menaiki bot untuk acara island hooping melalui Awana Porto Malai. Semasa di jeti sebelum menaiki bot, Engku sempai mengambil gambar untuk tatapan pengunjung blo ini



Seterusnya kami menaiki bot. Menyewa 2 bot kerana trip ini ada seramai 18 orang. Kelihatan muka Dahlya suka untuk trip kali ini.
Rombongan kami

Perjalanan pertama kami ke tasing Dayang Bunting. Pemandu bot menghentikan sebentar untuk menyaksikan bagaimana permukaan bukit yg dikatakan seolah2 wanita hamil  yg sedang tidur.

Seterusnya kami diberi masa di tasik Pulau Dayang Bunting untuk mandi manda selama satu jam. Perjalanan ke air terjun tasik Dayang Bunting agak memenatkan kerana keadaan permukaannya yang berbukit.


di tasik ini sempat Dahlya beremdam dan diajar berenang

 Mitos tasik ini mengatakan sesiapa yang tidak mempunyai anak, sambil menyatakan hajat dan meminum air tawar ditasik ini dikatakan Allah akan menunaikan hajatnya. Saya tidak percaya dengan mitos seperti ini.
video

Selama satu jam kami berada di tasik ini, kami bergerak ke acara memberi makan burung helang "eagle feeding". Semasa bot berhenti, Dahlya sudah tertidur. Mungkin kerana terlalu penat berenang di tasik tadi. 


Bersambung......









December 06, 2011

Percutian Keluarga ke Pulau Langkawi Bahagian 1

Pada minggu yang lalu kami sekeluarga bersama rakan2 sekerja Umi telah bercuti ke Langkawi, percutian ini telah dirancang beberapa bulan yang lalu. Kami nampak Dahlya sangat gembira dengan percutian ini. Bermula dengan menaiki tren komuter dari stesen Bangi Lama ke KL sentral pada jam 6.30 petang, kami sempat makan malam disana. Tepat jam 9.30malam tren Senandung Langkawi bergerak ke arah utara tanah air, tujuan kami ke stesen Arau. Semasa didalam tren kereta api sempat kami menyambut ulang tahun bersama Engku dan Kak Syikin dengan meniup lilin kek ulang tahun.


lantas berebut2 la si budak kecil mengambil gambar kami memegang kek ulang tahun


Kami menggunakan tren ini yang menawarkan katil atas bawah bagi keselesaan anak2 kecil yang dibawa bersama

Nampak keriangan muka Dahlya

Seawal pagi sebelum tiba di stesen tren Arau, Engku sempat mengambil beberapa keping gambar pemandangan yg cantik dari gerabak tren kereta api. Alhamdulillah dapat juga beberapa keping gambar sunrise dari atas tren


Kelijhatan Dahlya memegang anak patung kesayangannya


Setiba kami di stesen kereta api Arau sempat mengambil foto keluarga dan nampak perut Umi memboyot membawa adik Dahlya didalam perut.


Kami menggunakan 3 kereta sewa untuk bergerak ke jeti Kuala Perlis dan dari situ kami akan berangkat ke Pulau Langkawi menggunakan feri. Bersambung...