darmansyah

December 15, 2011

Percutian Keluarga ke Pulau Langkawi Bahagian 2

Sampai di Langkawi rombongan sudah kepenatan dan masing2 tidur didalam bilik. Tiba waktu makan malam kami semua berangkat ke sebuah restoran di Pekan Kuah

Keesokan harinya baru la kami merancang untuk menaiki bot untuk acara island hooping melalui Awana Porto Malai. Semasa di jeti sebelum menaiki bot, Engku sempai mengambil gambar untuk tatapan pengunjung blo ini



Seterusnya kami menaiki bot. Menyewa 2 bot kerana trip ini ada seramai 18 orang. Kelihatan muka Dahlya suka untuk trip kali ini.
Rombongan kami

Perjalanan pertama kami ke tasing Dayang Bunting. Pemandu bot menghentikan sebentar untuk menyaksikan bagaimana permukaan bukit yg dikatakan seolah2 wanita hamil  yg sedang tidur.

Seterusnya kami diberi masa di tasik Pulau Dayang Bunting untuk mandi manda selama satu jam. Perjalanan ke air terjun tasik Dayang Bunting agak memenatkan kerana keadaan permukaannya yang berbukit.


di tasik ini sempat Dahlya beremdam dan diajar berenang

 Mitos tasik ini mengatakan sesiapa yang tidak mempunyai anak, sambil menyatakan hajat dan meminum air tawar ditasik ini dikatakan Allah akan menunaikan hajatnya. Saya tidak percaya dengan mitos seperti ini.

Selama satu jam kami berada di tasik ini, kami bergerak ke acara memberi makan burung helang "eagle feeding". Semasa bot berhenti, Dahlya sudah tertidur. Mungkin kerana terlalu penat berenang di tasik tadi. 


Bersambung......









No comments:

Post a Comment