darmansyah

February 18, 2013

Jale-jale ke Kelantan

Hampir seminggu Dahlya bising "jom g kelantan...." sedangkan sebelum tahun baru cina adalah musim demam+batuk!! dan pada mulanya Umi sudah tawar hati nak ikut Engku kerana hampir seminggu Daniyal x baik2 lagi dari Demam dan semput.. tetapi kesian plak tgk Kakaktunnuha ni.. jadi berkemas la jugak Umi utk persiapan pergi ke Kelantan.

Kami pergi hari Ahad bertolak seawal jam 7pg. Sepanjang perjalanan Daniyal terbatuk-batuk (semput) mata engku dan Umi melilau-lilau la gak mencari klinik..susah la juga nak mencari klinik ketika perayaan terutamanya Tahun Baru Cina... Dari Bentong ke Gua Musang mmg tiada klinik yang buka.  Dahlya tertidur sebanyak 2 kali..setiap kali terjaga die merungut tak sampai-sampai lagi ke Kelantan ni!!?? hahhaaa.... baru tau betapa jauhnya Kelantan tu ye nak...


Sampai di Pekan Bachok kami ternampak la klinik Islam!! apa lagi terus kami buat request untuk amik Nabulizer utk Daniyal.. dan Umi menyampuk la skit!! hehe... Jam 4.30 petang kami sampai ke Pantai Irama.. dengan angin sepoi2.. dan badan Daniyal semakin panas..gusar betol dibuatnya...


Malam hari Engku ada job.. Acik Afnan Nikoh!! Umi x dpt la joint sbb suhu badan Daniyal mencecah 39.8c!!! Daniyal perlu diberi perhatian!! masukkan ubat demam melalui punggung die cirit plak!! jadi terpaksa la Daniyal di lap dengan kain basah sentiasa..TAWAKAL!!! dalam jam 11.30 mlm suhu badannya dah normal kembali.

Esoknya jemputan walima di pihak perempuan, jadi kami berbondong-bondong la pergi jemputan wakil dari pihak lelaki.. dengan tema Unggu menarik sekali.




Pada waktu malam Engku membawa kami ke Wakaf Cik Yeh dan makan malam di Juara Ikan Bakar.
Keesokannya Umi dan anak-anak tak dpt joint jemputan umah lelaki kerana Daniyal demam kembali.. so duk bilik la kami bertiga.... Jam 3ptg Engku mengajak kami ke Pasar Siti Khadijah mencari buah tangan utk Atok!!







Rabu pagi kami bertolak jam 9 pg dan sampai dirumah jam 7 malam.. perjalanan yang memenatkan sehinggakan Dahlya tidur jam 7 sampai esok paginya.... heheeeee... Terima kasih banyak kepada kawan Engku Acik Afnan kerana menempatkan kami di tepi pantai yg sangat indah!!! dan entertain kami setiap masa "pelik rasanya pengantin ni...sukati die je..sok nak nikah nak kawen merayap je kejenyee..."...