darmansyah

December 30, 2009

Selamat Tahun Baru

Kepada semua pembaca blog ini diucapkan selamat tahun baru 2010. Diharap segala impian tahun 2009 semuanya sudah tercapai. Mari kita bina pula impian buat tahun 2010 dengan jayanya.

December 25, 2009

Kunjungan Bunda Adek

Kunjungan tetamu dari Aceh telah memberi kesempatan kami mengeratkan lagi tali silaturahim antara kedua keluarga. Kedatangan Abang Nabil (sepupu Dahlya) sekeluarga telah memeriahkan Dahlya selama beberapa hari. Dengan kesempatan itu juga Dahlya sempat menyambut hari lahir Bunda Adek. Kami 2 keluarga pergi ke pasaraya Giant untuk membeli barangan dapur dan membeli kek untuk Bunda Adek.

Sambil2 menyanyi, kedengaran juga piano permainan Dahlya yang sudah tersedia ada lagu Selamat Hari Lahir. Semua ketawa..Terhibur dengan telatah Dahlya dan Nabil.
Selamat Hari Ulang Tahun Bunda Adek. Terima kasih kepada umi yang sudi menghadiahkan kek.



Foto di atas: barangan dapur jenama Rubine sudah dibeli, tunggu surat sebelum buat ubahsuai Baitunnuha

Foto di atas: Bunda Adek, Suryadi (suami) dan abang Nabil

Foto di atas: Bunda Adek sedang memotong kek ulang tahun

Foto di atas: Bunda Adek sedang meniup lilin

Foto di atas: Umi sedang menyediakan kek sambil diganggu oleh Dahlya. `Umi nak kek`


Foto di atas: Dahlya disakat abang Nabil

December 15, 2009

9 bulan

Salam maal hijrah, apa azam baru kalian? dan 21 Dis ini genap Dahlya 9 bulan. Bercerita ttg Dahlya, sekarang dia boleh duduk dan gian utk berdiri, 2-3 perkataan yang boleh dia sebut, mamam, nenen, oomi (umi), tek (tetek :p) ate (atok) . 

Bayi berusia 9 bulan, bererti dia sudah siap untuk belajar lebih banyak. Cubalah berbagai aktiviti untuk membantu si kecil mempelajari dunianya, seperti menunjuk warna-warna yang berbeza, mengajar pelbagai sebutan dengan mengulang – ulang menyebut nama yg mudah. 

Ketika ini Dahlya sangat lasak, umi selalu nasihatkan Engku, sabar ye Engku, bb umur camgini mmg lasak, cari ilmu lagi tu :p 


mencari mainan di dlm bekas mainannya

Dahlya berdiri dlm tab

Hobi : makan

ikut perangai Engku, kalo korek telinga.. asyik..

selain itu Dahlya suka menyanyi

pegang biskut ala mas idayu

potret Dahlya (tgh layan karton)

bodek wan mintak timang yek??

Tudung baru Dahlya


Tepuk tangan

Lihat video dibawah apa yang Dahlya boleh buat sekarang ini:

video

December 14, 2009

Selamat Pengantin Baru

Pada hari Minggu yang lalu Kami bertiga menuju ke arah Utara iaitu Ipoh untuk menghadiri majlis perkahwinan Acik Salina & Anuar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang selama 3 jam dari Kg.Bendahara. Kami menginap dirumah Andung & Atok di sana semalam sebelum bertolak ke Ipoh.

Pelbagai perangai yang Dahlya tunjukkan ketika perjalanan ke Ipoh akibat bosan duduk di dalam kereta terlalu lama. Semasa perjalanan, terlepas simpang ke Ipoh menyebabkan kami terpaksa membuat pusingan balik di tol Kuala Kangsar sejauh lebih kurang 30 kilometer.

Selamat pengantin baru buat Acik Salina & Anuar dari Dahlya sekeluarga.
Bersambung....













December 02, 2009

Tindik raya

sebelum hari raya korban, Umi dan Andung membawa Dahlya pergi ke kedai emas untuk menindik telinga Dahlya, kerana sejak Dahlya dicukur rambut, ramai yang menegur Dahlya seperti lelaki. Jadi bagi mengelakkan gosip2 liar (heheehehe) Engku menyuruh kami menindik Dahlya. Umi memilih subang berwarna biru, cantik sekali Dahlya memakainya. Terima kasih buat Andung yang membayarnya.

Pada petang khamis selepas menunggu Engku pulang dari kerja, kami bertolak ke Klang untuk menyambut Raya Korban di Klang, raya kali ini giliran kampung Umi pula beraya di Klang. Dahlya boleh berjumpa sepupu-sepupunya yang sangat keletah Kak Alisya, Kak Umairah, Kak Sofea dan Adik Madihah yang baru berusia 2 minggu. Kak Alisya sangat teruja melihat subang Dahlya, banyak kali Alisya memujuk mamanya untuk tindik. Umairah memang dh lama bertindik, memang cantik pabila anak gadis bertindik.