Lilypie First Birthday tickers ilypie

December 02, 2009

Tindik raya

sebelum hari raya korban, Umi dan Andung membawa Dahlya pergi ke kedai emas untuk menindik telinga Dahlya, kerana sejak Dahlya dicukur rambut, ramai yang menegur Dahlya seperti lelaki. Jadi bagi mengelakkan gosip2 liar (heheehehe) Engku menyuruh kami menindik Dahlya. Umi memilih subang berwarna biru, cantik sekali Dahlya memakainya. Terima kasih buat Andung yang membayarnya.

Pada petang khamis selepas menunggu Engku pulang dari kerja, kami bertolak ke Klang untuk menyambut Raya Korban di Klang, raya kali ini giliran kampung Umi pula beraya di Klang. Dahlya boleh berjumpa sepupu-sepupunya yang sangat keletah Kak Alisya, Kak Umairah, Kak Sofea dan Adik Madihah yang baru berusia 2 minggu. Kak Alisya sangat teruja melihat subang Dahlya, banyak kali Alisya memujuk mamanya untuk tindik. Umairah memang dh lama bertindik, memang cantik pabila anak gadis bertindik.



November 22, 2009

Dahlya & Raja Pop Malaysia

semalam kami sekeluarga pergi ke jemputan walima Waq Nan di Teluk Intan, Perak, Waq Nan berkahwin dgn acik Shida, Acik Shida ni sepupu ngan Jamal Abdillah, jadi pengantin tak la diberi perhatian.. hehe.. bila jamal abdillah dtg.. kene serang la!!
termasuk la atok yg tak suke bergambar pon layan!!! hahahaa..