darmansyah

September 30, 2010

Menuju ke Kota Kuala Simpang

Perjalan pada hari Eid yang pertama kami ke rumah Nek Imah selepas rumah Moyang. Nek Imah merupakan Kakak kepada mak Engku yang tinggal di Kota Kuala Simpang. Aceh Tamiang. Selepas mengunjungi rumah Nek Imah, kami ke rumah Nek Atik, Nek Atik pula merupakan adik ipar kepada mak Engku. Suami Nek Atik telah pulang ke rahmatullah sebulan sebelum hari Eid.


Pemandangan Kota Kuala Simpang, kelihatan ramai peniaga pistol2an.

Keluarga kami

Nek Imah, dengan mesra menyambut kedatangan Dahlya

Dicium pipinya oleh Nek Imah

Makan lontong tanpa kuah
sempat bergambar bersama Bu Adek di rumah Nek Atik

September 28, 2010

Menuju rumah Onyang & menziarah pusara Atuk (Ayah Engku)

Seawal pagi, selepas sholat eid, kami 3 keluarga pergi berkunjung ke rumah Onyang Dahlya di kampung kelahirang Engku. Di sana kami dijamu dengan masakan lontong dan kuih muih. Khas masakan istimewa raya di Aceh merupakan lontong, di mana2 rumah kebanyakannya lontong akan disajikan. Dahlya dalam kereta sudah tertidur, mungkin tak larat menahan mata mengantuk akibat tidur lewat dimalam sebelumnya.

Selepas sholat Jumaat, kami menziarah pusara Abu Hanifah (Atuk Dahlya), Atuk dahlya meninggal akibat kemalangan jalanraya seminggu sebelum Dahlya dilahirkan. Maka anak ini tidak mengenali siapa Atuknya.



Sajian lontong, sangat sederhana dan penuh tradisi

Keluarga kami

Keluarga kami

Dahlya tak bangun lagi

Bersama Andong Midah

Dahlya lebih suka bermain sendiri

Bersama sepupu, Kak Salwa (paling kanan) sangat suka bermain dengan Dahlya

Famili potret

Di kubur Atuk

September 27, 2010

Hari Kemenangan (Eid Ftri)

Merupakan tahun pertama kami sekeluarga bersama2 merayakan hari kemenangan bersama keluarga Engku di Aceh. Dahlya nampak seronok, Apa yang seronok kali ini, semua sepupu Dahlya menggayakan pakaian baju kurung bg yg perempuan dan baju melayu bagi Abg Nabil (hadiah dari Engku). Semua baju yang dibeli cantik dipadankan dengan sepupu2 Dahlya.

Engku sholat Eid di masjid berdekatan rumah Bu Adek. Cadangan untuk sholat Eid di kampung kelahiran Engku terpaksa dilupakan kerana ada yang terlewat bangun pagi. dan macam2 masalah yang tak dapat dielakkan. Mujur Bu Adek dan Umi sempat merebus ketupat mini, masak rendang dan kuah kacang untuk sarapan kami semua.

Nampak gembira, bila dapat beraya bersama cumanya cara adik beradik Engku memohon kemaafan tidak sama seperti keluarga Umi di Klang.


Bersambung....Sempat membeli mercun yang dijual secara berleluasa di Kota Langsa.

Sepupu Dahlya

Dahlya bersalaman dengan Abg Nabil

Keluarga Bu Ita (kelihatan Bu Ita sedang mengandungkan anak yang ke tiga)

Senyum sampai ketelinga bersama Kak Salwa

Sebelum khutbah Eid dimulakan, para jemaah diberi minumam air mineral

Pemandangan khutbah Eid di Langsa

September 21, 2010

Hari Megang

Mungkin pembaca tertanya2 Hari Megang, Hari Megang boleh dikatakan pesta memotong lembu sehari sebelum Hari Raya untuk dijual di pasar2. Maaf kerana tiada gambar Hari Megang di pasar kerana Umi tidak membawa kamera. Di rumah Keluarga Abg Nabil yang diberi nama "Dream House" ini agak tertarik dan menarik. Konsep minimalis hasil dari rekacipta Bu Adek sendiri. Pemilihan warna Merah, kelabu dan hitam membuatkan rumah ini lain dari yang lain. Cuma hasil tangan pekerja kontraknya tidak begitu teliti. Mungkin kerana semua pekerja kontrak membuat rumah yang bagus dan terbaik telah berhijrah ke Malaysia. Jawab Bu Adek, kira2 350 juta rupiah beliau menghabiskan wang untuk membangunkan rumahnya. Murah jika dibandingkan dengan Malaysia. 350juta rupiah = RM 125,000.00

Di sini sepupu Dahlya sudah menunggu untuk bermain. Ada tiga orang yang berada di sini sebelum sampai 3 orang lagi dari Banda Aceh. (Anak Bu Odah). Naura Zahwa, Salwa (Anak Bu Ita) sangat suka bermain dengan Dahlya, cuma Dahlya kurang suka bermain bersama. Dia lebih suka bermain sendiri. Sesekali Abg Nabil menganggu dan merampas barangan yang Dahlya pegang (perkara biasa bagi anak kecil).

Umi dan Bu Adek sedang sibuk menyediakan juadah rendang untuk esok.


Bersambung....




Rumah keluarga Bu Adek yang berkonsepkan minimalis

Dahlya bermain sendirian bersama basikal Abg Nabil

sengih bersama mainan Abg Nabil

Dirumah dan kedai baju milik Keluarga Bu Ita

Bermain diruang rumah Bu Adek bersama Kak Awam, Kak Salwa dan Abg Nabil

Bermain diruang rumah Bu Adek bersama Kak Awam, Kak Salwa dan Abg Nabil

September 20, 2010

Dua hari sebelum Eid

Seawal jam 3pagi kami sekeluarga bangun bersiap sedia untuk ke LCCT. Selepas makan sahur, kami di hantar oleh Pak Ngah. Penerbangan ke Medan ditangguhkan selama setengah jam. Perkara biasa bagi penerbangan Air Asia. Harap2 Tony Fernandez perbaiki mutu perkhidmatan penerbangan Air Asia.

Dahlya mula kepenatan kerana terpaksa bangun pagi. Satu perangai Dahlya dan mungkin kanak2 yang lain akan terlebih aktif bila terasa mengantuk. Penat juga nak kejar dan dukung budak kecil ini. Duduk di bangku menunggu tajaan Celcom ketika menuggu kapal terbang, Dahlya terjumpa dengan kapal terbang mainan yang sudah patah sayap belakang.

Setelah beberapa minit naik kapal terbang, anak kecil ini tidur, mungkin terlalu mengantuk sebab terpaksa bangun seawal jam3 pagi. Ketika kapal terbang mendarat, Dahlya nak jalan sendiri dan tak nak didukung. Selapas selesai semua urusan kastam, kami menunggu Bu Adek, Abg Nabil dan Om Surya. Dikhabarkan oleh mereka jalan di Medan ketika ini sesak kerana warga Medan sedang sibuk membeli belah untuk membuat persiapan terakhir Eid. Di Aceh, keluarga Bu Adek menggunakan kereta jenis Honda Jazz, wah...sangat selesa naik kereta ini berbanding kereta Kelisa kami. ehehehe....

Perjalanan dari airport Polonia, Medan ke Aceh agak lama. Lebih kurang 4 jam. Jika dibandingkan dengan jarak, tidak jauh. Lebih kurang 120km sahaja tetapi keadaan jalanraya di Aceh tidak begitu elok berbanding Malaysia menyebabkan masa perjalanan menjadi panjang. Jam 4 petang kami sampai di rumah Abg Nabil. Bayangkan kami sampai di Medan seawal jam 8pagi.

Bersambung....
Nota: Cerita Raya Dahlya terpaksa terlewat sedikit kerana agak susah untuk mendapatkan perkhidmatan internet di Aceh


Gambar atas Dahlya dengan kacamata hadiah dari Atok

Gambar atas Dahlya sedang bermain dengan kapal terbang

Gambar di atas Dahlya sempat tersenyum sebelum tertidur dalam kapal terbang


Gambar di Atas: Dahlya taknak didukung

Gambar di atas Dahlya disuapkan dengan IndoMee dengan Bu Adek

Gambar atas Dahlya dan Abg Nabil di dalam troli

Gambar atas Aksi hero dan heroin

September 06, 2010

Eid Mubarak 1431

clik for large


Tahun ini raya yang sangat bermakna buat kami sekeluarga. Dahlya semakin membesar dengan riang ria :p. Anak yang pintar dan ligat. Memang telatahnya yang melucukan membuatkan kami tersengih melihatnya.

Di kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri kepada pengunjung-pengunjung blog dahlya. Terutamanya acik Alia, acik antu yang tak berape jahat, acik yatie dan ramai lagi yg tak ter type.. hiihi.. Mohon ampun dan maaf jika penulisan kami ini mengguris hati dan perasaan dan berhati-hati di jalan raya!!

Raya kali ini Engku kepingin beraya bersama adik-adiknya di Aceh (negeri tsunami). Jadi kami akan berangkat 8hb Sept. Mintak maap kat Wan dan Atok Abah!! Tahun depan giliran Klang la yer..

September 03, 2010

pengikut ucu..




kalo dengar kita puji je dahlya "cantik!!!" terus senyum menampakkan giginya yg jarang. ataupon kita panggil Dahlya nak cantik tak?? terus meluru kepada kita untk mekap atau mengikat rambut. Dah namanye perempuan perasan dan memuji itu lah hukumnya.. hihii. lihat la 2 video yg umi rakam pakai hp E63 haaa... siap tunjuk gigi lagi

September 02, 2010

dahlya dan henpon

Dahlya memang pantang kalo nampak Henpon.. kalo henpon berbunyi je bekejar mencari mengambil hp untuk mengangkatnye.. Sabtu lepas Umi ambil henpon atok yg tak gune untk di beri kpd Dahlya..

Apa lagi kalo dah dpt henpon wosak tu?? cakap lah.. siap gelak2 tau.. apa yang kite sll bualkan dia akan tiru siap say "bye..bye" hahahaa... video ini umi rakam ketika umi sedang memandu utk g kerja.. dari umah smpai sekolah bergayut je..habis la umi ngan engku nak membayo bil kan??