Mungkin pembaca tertanya2 Hari Megang, Hari Megang boleh dikatakan pesta memotong lembu sehari sebelum Hari Raya untuk dijual di pasar2. Maaf kerana tiada gambar Hari Megang di pasar kerana Umi tidak membawa kamera. Di rumah Keluarga Abg Nabil yang diberi nama "Dream House" ini agak tertarik dan menarik. Konsep minimalis hasil dari rekacipta Bu Adek sendiri. Pemilihan warna Merah, kelabu dan hitam membuatkan rumah ini lain dari yang lain. Cuma hasil tangan pekerja kontraknya tidak begitu teliti. Mungkin kerana semua pekerja kontrak membuat rumah yang bagus dan terbaik telah berhijrah ke Malaysia. Jawab Bu Adek, kira2 350 juta rupiah beliau menghabiskan wang untuk membangunkan rumahnya. Murah jika dibandingkan dengan Malaysia. 350juta rupiah = RM 125,000.00
Di sini sepupu Dahlya sudah menunggu untuk bermain. Ada tiga orang yang berada di sini sebelum sampai 3 orang lagi dari Banda Aceh. (Anak Bu Odah). Naura Zahwa, Salwa (Anak Bu Ita) sangat suka bermain dengan Dahlya, cuma Dahlya kurang suka bermain bersama. Dia lebih suka bermain sendiri. Sesekali Abg Nabil menganggu dan merampas barangan yang Dahlya pegang (perkara biasa bagi anak kecil).
Umi dan Bu Adek sedang sibuk menyediakan juadah rendang untuk esok.
Bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment