darmansyah

September 27, 2010

Hari Kemenangan (Eid Ftri)

Merupakan tahun pertama kami sekeluarga bersama2 merayakan hari kemenangan bersama keluarga Engku di Aceh. Dahlya nampak seronok, Apa yang seronok kali ini, semua sepupu Dahlya menggayakan pakaian baju kurung bg yg perempuan dan baju melayu bagi Abg Nabil (hadiah dari Engku). Semua baju yang dibeli cantik dipadankan dengan sepupu2 Dahlya.

Engku sholat Eid di masjid berdekatan rumah Bu Adek. Cadangan untuk sholat Eid di kampung kelahiran Engku terpaksa dilupakan kerana ada yang terlewat bangun pagi. dan macam2 masalah yang tak dapat dielakkan. Mujur Bu Adek dan Umi sempat merebus ketupat mini, masak rendang dan kuah kacang untuk sarapan kami semua.

Nampak gembira, bila dapat beraya bersama cumanya cara adik beradik Engku memohon kemaafan tidak sama seperti keluarga Umi di Klang.


Bersambung....Sempat membeli mercun yang dijual secara berleluasa di Kota Langsa.

Sepupu Dahlya

Dahlya bersalaman dengan Abg Nabil

Keluarga Bu Ita (kelihatan Bu Ita sedang mengandungkan anak yang ke tiga)

Senyum sampai ketelinga bersama Kak Salwa

Sebelum khutbah Eid dimulakan, para jemaah diberi minumam air mineral

Pemandangan khutbah Eid di Langsa

No comments:

Post a Comment