darmansyah

September 20, 2010

Dua hari sebelum Eid

Seawal jam 3pagi kami sekeluarga bangun bersiap sedia untuk ke LCCT. Selepas makan sahur, kami di hantar oleh Pak Ngah. Penerbangan ke Medan ditangguhkan selama setengah jam. Perkara biasa bagi penerbangan Air Asia. Harap2 Tony Fernandez perbaiki mutu perkhidmatan penerbangan Air Asia.

Dahlya mula kepenatan kerana terpaksa bangun pagi. Satu perangai Dahlya dan mungkin kanak2 yang lain akan terlebih aktif bila terasa mengantuk. Penat juga nak kejar dan dukung budak kecil ini. Duduk di bangku menunggu tajaan Celcom ketika menuggu kapal terbang, Dahlya terjumpa dengan kapal terbang mainan yang sudah patah sayap belakang.

Setelah beberapa minit naik kapal terbang, anak kecil ini tidur, mungkin terlalu mengantuk sebab terpaksa bangun seawal jam3 pagi. Ketika kapal terbang mendarat, Dahlya nak jalan sendiri dan tak nak didukung. Selapas selesai semua urusan kastam, kami menunggu Bu Adek, Abg Nabil dan Om Surya. Dikhabarkan oleh mereka jalan di Medan ketika ini sesak kerana warga Medan sedang sibuk membeli belah untuk membuat persiapan terakhir Eid. Di Aceh, keluarga Bu Adek menggunakan kereta jenis Honda Jazz, wah...sangat selesa naik kereta ini berbanding kereta Kelisa kami. ehehehe....

Perjalanan dari airport Polonia, Medan ke Aceh agak lama. Lebih kurang 4 jam. Jika dibandingkan dengan jarak, tidak jauh. Lebih kurang 120km sahaja tetapi keadaan jalanraya di Aceh tidak begitu elok berbanding Malaysia menyebabkan masa perjalanan menjadi panjang. Jam 4 petang kami sampai di rumah Abg Nabil. Bayangkan kami sampai di Medan seawal jam 8pagi.

Bersambung....
Nota: Cerita Raya Dahlya terpaksa terlewat sedikit kerana agak susah untuk mendapatkan perkhidmatan internet di Aceh


Gambar atas Dahlya dengan kacamata hadiah dari Atok

Gambar atas Dahlya sedang bermain dengan kapal terbang

Gambar di atas Dahlya sempat tersenyum sebelum tertidur dalam kapal terbang


Gambar di Atas: Dahlya taknak didukung

Gambar di atas Dahlya disuapkan dengan IndoMee dengan Bu Adek

Gambar atas Dahlya dan Abg Nabil di dalam troli

Gambar atas Aksi hero dan heroin

1 comment:

  1. aduh....seronok naik jazz...aku dulu naik kijang dari medan ke loksemawe mak oiii..penatttttttttttt

    ReplyDelete