darmansyah

April 29, 2011

tempahan baju raya di buka sekarang!



hahaaa.. jika melihat tajuk pasti ada yang terkesima kenapa plak ade iklan tempahan baju? Umi Dahlya dah pandai jahit baju ke?? eh tak.. sekarang Dahlya sudah ada mesin jahit!! jadi mudahlah anda menempah sahaja baju raya kat die ye..

Mesin jahit ini dihadiahkan oleh acik yati!  lihatlah gambar-gambar Dahlya ketika menerima hadiah dari cik yati ye.. 


kad besar utk Dahlya


Ucapan yang agak panjang utk Dahlya




"acik yati ni..mcm aku paham bacaa" mungkin itu yg difikirkan oleh Dahlya


sesi membuka hadiah


banyaknye die balut.. buat lawak betol


wah!! hebatnyee.. tp ape ni yerr


oo.. mesin jahit!! serius jarum betul tau!! 

video

April 28, 2011

Menghantar Atok & Wan pergi Umrah

Seawal sholat subuh Dahlya dah bangun pagi kerana dibawa untuk menghantar Atok dan Wan ke KLCC kerana nak berlepas ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Untuk Atok yang kali kedua pergi umrah, kali ini membawa Wan, Atok Wai dan Nek Banun. Atok tertarik dengan layanan dari orang yang membawa umrah tak lain tak bukan Atuk Dahlya juga. (sila lihat perbezaan perkataan dan penerangannya di Kosakata sebelah kanan blog ini).

Atuk Dahlya merupakan alumni Universiti Madinah sememangnya pandai berbahasa arab dan aktif membawa jemaah untuk mengerjakan Haji & Umrah. Kali ini Atuk juga membawa Adik beliau yang didatangkan dari kampung. Diberitahu, Adik Atuk tidak puas mengerjakan haji tahun lalu kerana tidak dapat bimbingan sepenuhnya dari Atuk. Tahun lepas Atuk tidak mengerjakan Haji kerana terpaksa membuat pembedahan pintasan jantung di hospital serdang. (sila lihat entri yang lepas). Engku tak dapat menghantar Atok dan Wan, cuma mengazankan kepergian mereka. Semoga selamat pergi dan selamat kembali kepada semua jemaah. InsyaAllah.

Dahlya tak cukup tidur

Keluarga Atok

Lapar..

Atuk dan Adik

Nangis kot...

Doa sebelum berangkat

Doa sebelum berangkat

Doa sebelum berangkat

Doa sebelum berangkat


Nota: Terima kasih kepada Khairul Anwar (pak unggal) yang membenarkan gambar beliau digunakan untuk blog Dahlya.

April 27, 2011

Mari bergambar

Sebagai seorang anak jurugambar dahlya mula menunjukkan pelbagai gaya (posing) apabila Engku memegang kamera. Macam2 gaya yang ditunjukkan oleh anak kecil ini ketika gambarnya diambil.

Kadang2 lucu bila melihat balik gambar dia ketika disuruh bergaya didepan kamera. Berikut dibawah gambar pelbagai jenis gaya dan nama:-

Posing Makan

Posing tunjuk gigi

Posing angkat bahu

Posing peluk tubuh

Posing menari Mak Yong

Posing PEACE

Posing Lontar Peluru

Posing malu2 kucing

April 26, 2011

Membantu sapu lantai

Orang tua dulu2 pernah berkata, anak perempuan kena pandai dan rajin memasak dan mengemas rumah. Satu perangai Dahlya tidak boleh nampak penyapu dan mop lantai, pasti dia sibuk dengan aksi menyapu dan mengemop lantai.

Dengan tidak memakai baju, sempat dirakamkan dirakamkan pelbagai aksi Dahlya:-

Posing menyapu.

Nak angkat penyapu pun tak larat. alahai...

Hebatkan?....

ini rekabentuk cermin terbaru dirumah kami

April 20, 2011

Melentur buluh biar dari rebungnya

Itu la peribahasa orang Melayu yang membawa maksud, kalau hendak mendidik anak, biarlah dari kecil. Bergaya Dahlya dengan telekung hadiah dari Atok ketika harijadinya tempoh hari.
Sehari selepas majlis, kami mencuba Dahlya memakai telekung dan cuba melatih bersholat. Nampak tidak janggal kerana sebelum ini juga Dahlya telah mengajuk dan mengikuti perbuatan kami ketika sholat.

Dahlya sudah nampak memahami rukun sholat seperti i'tidal, ruku' dan sujud. Terima kasih Atok...






April 18, 2011

Majlis Ulangtahun ke2 Dahlyatunnuha

Agak terlewat membuat majlis kelahiran si bunga kami ini. Akhirnya berjaya juga membuatnya ada sabtu 16 April. Perancangan majlis telah dibuat seminggu sebelum. Agak kelam kabut sikit, sebab tiada pembantu/penolong dsbgnya.

Jika ada Ucu boleh gak tolong amik gambo n makeupkan si Dahlya. Mujur pak usu menolong membakar waffle, Engku menggoreng meehun! Mungkin seumur hidup Engku awak..ini kali pertamanya menggoreng Meehun!!

Resepi yang dihidangkan untuk tetamu adalah makanan-makanan kegemaran Dahlya, yang dibuat oleh Umi dan Engku.. Waffle, 3 jenis pelbagai Muffin, meehun goreng, macaroni cheese dan talam seri muka. Menu yang paling disukai oleh kanak2 dan orang tua ialah...waffle!! mcm2 perasa jem plak umi hidangkan.. harap makanan yang dihidangkan menjadi kenangan paling sedap dan manis buat tetamu2 yang hadir.
Dahlya dikelilingi oleh kawan-kawan sejiran.

Agak tak best skit ketika acara meniup lilin. Dahlya sedang moody! baru tidur telah dikejutkan oleh Umi.. melalak je la kejenya.. spoil..punyala xcited umi menempah kek cartoon fav awk!! sponge bob tau!!..saboooo..sabooo.. nasib Dahlya baru berusia 2 tahun hehehe..
Gang topeng!

mujurlah cikgu Intan ni datang.. hilang moody Dahlya..


Dahlya bermain dengan kakak sepupunya Sofea.

Buat para tetamu yang hadir terima kasih banyak2 memeriahkan majlis Dahlya. Harap kenyang dan tak sakit gigi bnyak makan makanan2 yang manis tempohari.

Terima kasih dan tatatata!!


Dah habis majlis baru lapo kan??


sesi membuka hadiah!

Memeluk bantal baru yang dihadiahkan dari pak usu.



April 08, 2011

Ceritera ditinggalkan Umi



Beberapa minggu yang lalu, Dahlya dan Engku ditinggalkan Umi kerana tugasan kerja. Selama seminggu umi ke Sarawak dan Sabah, Dahlya dan Engku ditemani Atok.
Balik ke rumah sehari, Umi terus pergi kursus di Port Dickson selama 3 hari pula, kali ini tidak ditemani Atok. Dahlya tetap rock.