darmansyah

April 28, 2011

Menghantar Atok & Wan pergi Umrah

Seawal sholat subuh Dahlya dah bangun pagi kerana dibawa untuk menghantar Atok dan Wan ke KLCC kerana nak berlepas ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Untuk Atok yang kali kedua pergi umrah, kali ini membawa Wan, Atok Wai dan Nek Banun. Atok tertarik dengan layanan dari orang yang membawa umrah tak lain tak bukan Atuk Dahlya juga. (sila lihat perbezaan perkataan dan penerangannya di Kosakata sebelah kanan blog ini).

Atuk Dahlya merupakan alumni Universiti Madinah sememangnya pandai berbahasa arab dan aktif membawa jemaah untuk mengerjakan Haji & Umrah. Kali ini Atuk juga membawa Adik beliau yang didatangkan dari kampung. Diberitahu, Adik Atuk tidak puas mengerjakan haji tahun lalu kerana tidak dapat bimbingan sepenuhnya dari Atuk. Tahun lepas Atuk tidak mengerjakan Haji kerana terpaksa membuat pembedahan pintasan jantung di hospital serdang. (sila lihat entri yang lepas). Engku tak dapat menghantar Atok dan Wan, cuma mengazankan kepergian mereka. Semoga selamat pergi dan selamat kembali kepada semua jemaah. InsyaAllah.

Dahlya tak cukup tidur

Keluarga Atok

Lapar..

Atuk dan Adik

Nangis kot...

Doa sebelum berangkat

Doa sebelum berangkat

Doa sebelum berangkat

Doa sebelum berangkat


Nota: Terima kasih kepada Khairul Anwar (pak unggal) yang membenarkan gambar beliau digunakan untuk blog Dahlya.

No comments:

Post a Comment