darmansyah

April 18, 2011

Majlis Ulangtahun ke2 Dahlyatunnuha

Agak terlewat membuat majlis kelahiran si bunga kami ini. Akhirnya berjaya juga membuatnya ada sabtu 16 April. Perancangan majlis telah dibuat seminggu sebelum. Agak kelam kabut sikit, sebab tiada pembantu/penolong dsbgnya.

Jika ada Ucu boleh gak tolong amik gambo n makeupkan si Dahlya. Mujur pak usu menolong membakar waffle, Engku menggoreng meehun! Mungkin seumur hidup Engku awak..ini kali pertamanya menggoreng Meehun!!

Resepi yang dihidangkan untuk tetamu adalah makanan-makanan kegemaran Dahlya, yang dibuat oleh Umi dan Engku.. Waffle, 3 jenis pelbagai Muffin, meehun goreng, macaroni cheese dan talam seri muka. Menu yang paling disukai oleh kanak2 dan orang tua ialah...waffle!! mcm2 perasa jem plak umi hidangkan.. harap makanan yang dihidangkan menjadi kenangan paling sedap dan manis buat tetamu2 yang hadir.
Dahlya dikelilingi oleh kawan-kawan sejiran.

Agak tak best skit ketika acara meniup lilin. Dahlya sedang moody! baru tidur telah dikejutkan oleh Umi.. melalak je la kejenya.. spoil..punyala xcited umi menempah kek cartoon fav awk!! sponge bob tau!!..saboooo..sabooo.. nasib Dahlya baru berusia 2 tahun hehehe..
Gang topeng!

mujurlah cikgu Intan ni datang.. hilang moody Dahlya..


Dahlya bermain dengan kakak sepupunya Sofea.

Buat para tetamu yang hadir terima kasih banyak2 memeriahkan majlis Dahlya. Harap kenyang dan tak sakit gigi bnyak makan makanan2 yang manis tempohari.

Terima kasih dan tatatata!!


Dah habis majlis baru lapo kan??


sesi membuka hadiah!

Memeluk bantal baru yang dihadiahkan dari pak usu.



2 comments: