darmansyah

April 29, 2010

Baitunnuha - Kerja-kerja Akhir

Seronok Dahlya bermain di Taman Permainan di hadapan Baitunnuha

Jom pergi IKEA!!

Engku sibuk memilih langsir cap IKEA

Orang sibuk cari kabinet dapor, si kenit ni sibuk memasak ye..

Hampir 2 bulan kerja-kerja penambahan dan mencantikkan untuk Baitunnuha untuk disiapkan. Orang yang paling sibuk sekali ialah Engku. Setiap kali balik dari kerja pasti Engku akan menyinggah melihat rumahnya sedang di renovate tu. Engku sangat gembira plan dan angan-angannya menjadi kenyataan. Terima kasih Engku memberi kami rumah yang cantik.

Dalam 2-3 minggu ini, kami sibuk mencari tukang buat pagar, grill, kabinet dapur dan TV, langsir bnyak lagi la... Semue pemilihan setiap barang atau produk mempunyai Tema Moden dan Hitam/ Putih.

Engku membeli down lite di Avilion di Nilai 3

Yap mengukur Table Top untuk membuat kabinet dapur

Lakaran dari Yap untuk kabinet TV bg menutup ruang bawah tangga Baitunnuha

Lakaran dari Yap untuk kabinet dapur Umi

Engku sibuk berbincang dengan Zaihan Welding untuk tempahan pagar dan grill rumah

Terima kasih Acik Ezul menghadiahkan buat Dahlya sempena Hari Jadi.

April 28, 2010

Sayangnya Atok



bermain buaian bersama atok

Dahlya kesayangan atok, Dahlya pandai jeles jika Atok dukung adik Madihah.. huhh... menjerit die kalo atok dokong adik. Atok kalo x jumpe Dahlya sebulan mau di sebut2 Dahlya setiap masa. Atok akan jerit memanggil nama timangan sejak Dahlya bayi lagi "ucuk atok"

macam ni la perangai Dahlya kalo atok dukung baby Madihah..


Sape paling putih??

Semalam kami menghantar atok ke KLIA, atok nak pergi umrah ngan atok selayang. Atok Selayang belanja atok g Umrah kami hanya bayar tiket kapal terbang sahaja. Rezeki Atok dapat pergi Umrah dahulu dari Wan. Terima kasih atok Selayang kerana besar hati membawa dan membimbing atok Dahlya. Semoga Allah merahmatinya.. dan kedua2 atok dahlya selamat pergi dan selamat balik umah ye..
kalo atok dukung, punya la eksen di Dahlya ni.. mcm die sorang je ade atok die.


bergambar dengan kakak Umai


Dahlya suke melalak!!


Pose menarik dari Atok Kesayangan Nuha

*umi windu abah.. wisau gak ngan abah.. semoga Allah melindungi abah. Amin..

April 26, 2010

Dahlyatunnuha siri7

Kerja2 kemaskini paga supaya nampak lebih cantik dan lurus, pemasangan jubin pada dinding dapur dan bilik air sudah bermula dengan pantas. Hanya mengambil masa 3 hari sahaja, jubin2 ini telah dipasang hampir 90%.

Pemandangan dari bahagian depan

Dibahagian kiri hadapan pagar rumah

Dari dalam sebelah kiri rumah terdapat 2 soket

Dinding pagar

Dinding pagar

Jubin bahagian dapur

Jubin bahagian dapur (adunan warna putih dan hitam)

Jubin dinding bilik air

Jubin dinding bilik air

Jubin dinding bilik air

Terdapat pecahan warna antara putih dan kekuningan pada jubin ini untuk memisahkan antara dapur dan ruang sarapan Dahlya.

April 09, 2010

Apa yang Dahlya boleh buat

video

Dahlyatunnuha siri6

Seterusnya kerja2 membuka tiang2 kayu sokongan siling konkrit, dinding kiri kanan ditutup dengan batu bata dan di plaster untuk memberi kemasan yang terbaik. Bahagian depan rumah ini mengambil dari konsep tanggam kayu pada tiang. Lantai kongkrit bahagian atas, sedikit dilebihkan untuk menampakkan sedikit bentuk pada bahagian hujung rumah.

Kontraktor sedang memeriksa kemasan plaster

Selepas tiang dibuka, pemandangan dari pintu `sliding`

Pemandangan dari dalam rumah bahagian kanan

Pemandangan dari dalam rumah bahagian kiri

Pemandangan dari dalam rumah bahagian kiri

Pemandangan dari hadapan

Pemandangan dari hadapan

Dibahagian dalam bilik air yang dipecahkan, akan dijadikan seperti kaunter bar. Bagi membolehkan Dahlya bersarapan sebelum ke sekolah.

April 08, 2010

Baitunnuha siri5

Kerja2 memasang tiang sokongan untuk siling kongkrit mula disiapkan



April 07, 2010

Baitunnuha siri4

Satu demi satu tiang rumah asal di pecahkan dan digantikan dengan siling konkrit. Baitunnuha kini tidak nampak seperti rumah asal, tiang dihadapan sudah berdiri yang baru. Dijangkan Baitunnuha akan siap pembinaannya seawal bulan Mei.

Bos sedang mengatakan sesuatu kepada pekerjanya

Tiang asal mula dipecahkan

Tiang asal mula dipecahkan

Beginilah keadaan Baitunnuha sebelum siap

April 05, 2010

Demam nak pandai

ye ke?? yelahhhh!! ye ke?? yelahh!! tgh dahlya dah boleh jalan dan berzikir!! hahahaaa.. lucu!
videoAdd Image

musim demam

Orang tua-tua ada berkata bile bayi atau kanak2 nak membesar seperti tumbuh gigi, nak berjalan pasti akan demam. Dahlya tidak terkecuali! pada 26 Mac Dahlya demam tapi x la panas sgt, kebetulan di Taskanya ade majlis Hari jadi Dahlya ngan kawan2nya yg sama bulan di raikan. Umi mintak bantuan gurunya untk mengambil gambar Dahlya dan kawan2nya.

dahlya dengan cikgu Ina


cikgu Ina kata ini "boyfreind" Dahlya, ye ke??


Nasib muat baju Dahlya ni. Baju ni dipakai semasa Dahlya berumur 4 bulan.


nak kek??


Di KUIS, ade Hari Terbuka jadi Umi terpaksa la bekerja sehingga Ahad, mujur Engku menjaga Dahlya yang sedang demam. Pada hari Ahad, Dahlya terus dibawa ke Hospital Putrajaya kerana suhu nye meningkat 39.7' c. Tinggi sangat2.. 2 kali kami membawa dahlya ke Hospital Putrajaya. Sedih kan kalo bb camni demam panas.. sekarang Dahlya dah sihat sepenuhnya. Ligat cam gasing!!!!!