darmansyah

June 30, 2009

Amanah Allah



Muslimah Dahlya!!

Sekejap masa berlalu.. pejam celik..pejam celik dahlya sudah masuk 3 bulan usianya. Sekarang dahlya sudah bnyak bertindak balas dan memegang barang. Melihat dia membesar depan mata insaf dan teruja kehebatan Yang Maha Esa.

Bagi kami berdua (Engku dan Umi) kehadiran Dahlya sedikit sebnyak kami mempelajari apa itu tanggungjawab. Dan ia menjadikan lagi perhubungan kami semakin erat. Terima kasih Engku yang banyak menolong umi menyelesaikan kerja-kerja rumah...hehee...

Setiap ibubapa mempunyai harapan yang tinggi terhadap anaknya berjaya dan menjadi insan berguna di dunia dan akhirat, dan kami tidak terkecuali menyimpan harapan itu. Semoga cahayamata kami ini menjadi muslimah yang berguna di kemudian nanti.. amin.

* baju dahlya kali ini di sponser oleh Ibu Lulu. Lulu tq sama ur mum!! muahss

June 20, 2009

Versi Video

video

Terima kasih kepada para jemputan yang sudi hadir di majlis kenduri aqiqah Dahlya. Harap maaf, pada kawan - kawan yang hadir tapi tidak ada dalam video ini.

June 13, 2009

Kenduri Aqiqah

hadiah dari auntie lulu

Pose dari Umi dan Dahlya

Dahlya sedang berkata sesuatu dengan paklong

Dicium Wan

Dicium Bunda Odah

Dicium Andong

Tidur semasa selawat dibacakan

Tidur lagi

Diantara para jemputan yg membacakan selawat ke atas Nabi S.A.W

Engku beraksi

Engku mendokong Dahlya

Bermula dari awal bulan Mei atuk, wan, maklong, umi bertungkus lumus membuat persiapan untuk kenduri Aqiqah, Atuk sibuk mengecat rumah dan menempah kambing, Wan sibuk mencari barang-barang persiapan kenduri seperti menempah catering, menjemput sanak saudara Maklong bersama kakak Umai pula sibuk membungkus cenderahati untuk tetamu. Layaknya kenduri A'qiqah Dahlya seperti kenduri menyambut menantu pulak!! hehehee.. Terima kasih umi ucapkan buat mereka ini termasuklah Andung dan atuk Selayang. Lebih kurang 200 kad jemputan diedarkan dan ramai sanak saudara yang datang kerumah Wan untuk menghadiri majlis kenduri ini.
Pic ini dicilok dari website http://www.lensalily.com/

p/s : Termasukla kawan engku dan umi.. pic ni ade aunty Lulu dan kak Jeha!! mase umi muda-mudi dulu umi rajen gak meronggeng-rongeng bersama aunty Lulu dan auntie Wawa.

Kenduri Aqiqah merupakan amalam sunat
Aqiqah dalam istilah agama adalah sembelihan untuk anak yang baru lahir sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah SWT dengan niat dan syarat-syarat tertentu.Sebahagian ulama ia disebut dengan nasikah atau dzabihah (sembelihan).

Terima kasih kepada tetamu yang hadir dan yang bagi hadiah buat Dahlya.

dahlya cakap ngan umi.. tido tu best..


June 11, 2009

Tips Perkembangan Bayi.

Add Videotangan dahlya dan tangan engku


Perkembangan bayi usia 1 bulan


Secara refleks dapat memegang benda yang menyentuh telapak tangannya

Perkembangan bayi usia 2 bulan

  • Dapat menatap
  • Dapat tersenyum
  • Bersuara 'a', 'e', 'h'

Bagaimana membantu Perkembangan dan Emosi Bayi

1. Pegang (belaian, sentuhan)
2. Suara
(bercakap dengan suara yang lembut dan biarkan bayi mendengar suara anda dengan penuh asyik)
3. Nyanyi (Nyanyi dengan bayi anda)

Setiap hari umi akan bercakap secara bertentangan dengan Dahlya sambil menyentuh tapak tangan dahlya. Kadang-kadang umi menyanyi, dahlya paling suka lagu "selamat hari jadi" dan lagu
"Dan Sebenarnya" dari Yuna. Apabila umi menyanyi atau memasang cd lagu.. Dahlya mendengar sambil menyanyi bersama umi.. (keh..keh.. walaupon suara umi sumbang..kuang.kuang..)


Dengan cara sebegini bayi anda akan cepat bertindak balas. selamat membuat ujikaji!

video
Dahlya menyanyi lagu selamat hari jadi

June 04, 2009

Hitam & Putih


Foto ini diambil oleh U
mi ketika sedang ingin mengambil foto Dahlya. Kami suka buat koleksi foto peribadi buat Dahlya. Kepada Bunda Adik, nanti akan di tunjukkan foto2 Dahlya bersama ole2 dari sana. Sila klik pada foto untuk versi besar.

June 03, 2009

Tips merancang dan memilih nama anak

mangsa fesyen!! (Sila klik pada foto untuk versi besar)
pic ni di ambil ketika dahlya berumur 3 minggu.

Dalam proses memberikan nama bayi, maka ada beberapa hal yang perlu diperhatikan kerana nama ini akan melekat terus dalam hidup anak kelak, dan mempengaruhi kehidupannya.
  1. Mempunyai maksud yang baik.
    Nama memiliki efek tersendiri dalam kehidupan anak, Jika orang tua asal pilih saja dalam memberikan nama, maka anak akan menjadi korban. pasti anak anda akan malu dan rendah diri, jika nama yang melekat padanya memiliki maksud yang tidak bagus. Pernah terjadi, kerana ketidaktahuan orangtuanya yang menginginkan nama bayi menggunakan bahasa Arab, maka diberikanlah nama Jahanam, yang tidak lain berarti neraka.
  2. Memiliki keserasian, enak didengar dan diucapkan
    Dengan keserasian ini, maka nama bayi akan mudah untuk dihafal maupun dilafazkan. Bayangkan saja jika kelak anak anda akan susah mengurus sekolah, pernikahan..(tok kadi terbelit lidah hehee..) , hanya kerana kesalahan eja nama yang berulang-ulang terjadi.
  3. Menunjukkan jenis jantina yang jelas
    Hal ini untuk mengurangi kesalahan dalam mengidentifikasi jenis jantina bayi di kemudian hari. Lelaki atau perempuan??? hanya gara-gara identifikasi yang kurang jelas dari nama.
  4. Anda menyukainya
    Tentu saja anda harus menyukai nama yang anda berikan untuk anak anda. Mungkin banyak yang memberi cadangan untuk nama bayi anda. Tidak perlu memaksakan diri untuk menerima cadangan dari orang lain, jika anda sendiri memang tidak menyukainya.
  5. Mengumpulkan senarai (list) sebanyak-banyaknya nama bayi yang baik
    Cara ini akan memudahkan anda untuk menentukan pilihan nama terbaik untuk bayi anda. Anda mudah menentukan dulu makna atau harapan yang anda inginkan terhadap bayi anda, selanjutnya mencari padanan katanya dalam bahasa lain. Jika sudah mantap, bolehla memberikan nama bayi Anda dari pilihan terbaik.
lihat blog yg lepas bagaimana nama Dahlyatunnuha diberi.

http://dahlyatunnuha.blogspot.com/2009/04/bagaimana-bermula.html


Okay, selamat berburu, merangkai nama untuk bayi Anda!!
(artikel ini diperolehi di tipsanda.com)