darmansyah
Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

November 08, 2009

Dahlya dan Baitunnuha

Sementara Umi & engku menunggu kelulusan pinjaman bank untuk Baitunnuha, Kami sekeluarga sudah mula sibuk setiap minggu untuk mencari rujukan rumah untuk diubahsuai. Dari internet ke Ikea lalu ke rumah teman Engku. Minggu yang lalu kami sempat menjenguk rumah rakan sekerja. Rumah ini boleh dijadikan sedikit sebanyak contoh kerana kedudukan pelan rumah hampir sama dengan Baitunnuha. Di bawah ini adalah foto2 rumah auntie Zaharah.(rakan sekerja Engku) :-









Manakala dibawah ini foto2 terbaru Dahlya yang sudah berusia 7 bulan 3 minggu:-






April 15, 2009

Menang






Percaya atau tidak, gambar diatas sebenarnya hanyalah untuk simpanan Engku semata2 untuk memenuhi beberapa slot frame gambar yang baru dibeli dari IKEA. Foto frame ini ada beberapa keping gambar didalam satu frame bagi diisi setiap perjalanan Umi dari mengandung hingga bersalin anak sulung kami.

Sms dari kawan Ucu bertulis, "Ja, ko beli majalah PA&MA bulan Mei tak? Kakak ko menang ibu hamil menawan tuk bulan Feb...;) ni mesti ko yang tangkap". Ucu yang tangkap?ehehehe..Rasa terkejut juga dengan sms yang dihantar tadi.

Engku tak pernah bermimpi untuk menang apa2 pertandingan fotografi walaupun sekarang bekerja sebagai ahli fotografi (fotografer la..) ehehe..
Pernah sekali menang hadiah saguhati pertandingan Shah Alam Bandaraya Anggerik suatu ketika dulu dan seterusnya Engku tidak pernah lagi menyertai memana pertandingan fotografi.

Pelik, siapa yang hantar foto yang hanya merupakan koleksi keluarga ini. Apabila ditanya pada Umi, Umi mengaku menyertai pertandingan fotografi ini tanpa pengetahuan Engku. Hadiah berbentuk voucher wang tunai RM200.00 masih belum diterima. InsyaAllah jika sampai ke tangan Engku, Engku akan belikan baju baru untuk Dahlya. Alhamdulillah, hari ini rezki Dahlya dalam kandungan. Hari ini pula Dahlya selsema dan tidur tak selesa sambil merengek2 susah untuk bernafas kerana hingus. (Engku sedih...:().

Tidak lupa, terima kasih kepada auntie Salina yg ikut sama2 semasa sesi fotografi Umi berlangsung di tempat kerja Umi (KUIS).


Dibawah ini foto hasil sesi fotografi yang tempoh hari
IMG_8884_weet
Untuk foto2 yang lain sila klik disini



Disediakan oleh Engku

April 12, 2009

12 April 2008


Hari ini sudah berumur 21 hari Dahlya dilahirkan..
Mcm2 aksi lucu yg dibuat olehnya..wan cakap Lya takmo bangun,kuat menggeliat dan takmo mandi pada hari nih. Asyik nak layan tido je.eheheh...
Lepas mandi wan bg susu botol, apa lg mata jadi kuyu terus tido dan tak bangun.

Wan pulak gi Giant klang beli tisu basah yg dah habis..bayangkan lya nih pakai tisu basah 2 pack seminggu..alahai...
Umi lak tengah pump susu.


Disediakan oleh Engku