darmansyah
Showing posts with label umi. Show all posts
Showing posts with label umi. Show all posts

July 12, 2009

Umi!!!! tgk Dahlya Umi!!

Umi!! tgk saya ni..

hahahhaa.. mungkin itu yang Dahlya cakap kot?? Pada ptg Jumaat umi sibuk masak menyediakan hidangan malam untuk Engku. Tetiba Dahlya menjerit kesukaan sambil gelak-gelak... sambil jerit "..Mi!!..Mi.. " hm.. ape Dahlya buat ye.. bisik hati umi.

Jadi umi pon ke ruang tamu... laaaaaaaaaaaaaaaa!!! Dahlya dah telangkup!! (meniarap) sambil pandang umi dia tersenyum-senyum. hmm.. tak leh jadini.. Dahlya baru 3 bulan. Jadi umi baringkan balik Dahlya dan intai.. kot..kot die cube lg untuk meniarap..

Dahlya sedang bercakap dengan itiknya

Dahlya mule-mule mengereng-ngerengkan badannya kekiri kanan dan mengangkat kepalanya. Beberapa kali dia mencube untuk menebalikkan dirinya tapi gagal.. terantuk kat simen pon ade gak.. umi perhatikan sahaja .. bagaimana Dahlya melakukan aksi tersebut... dan akhirnya... Dahlya berjaya meniarapkan dirinya!!!! Esoknya sabtu.. umi dan engku ade dirumah.. apalagi Dahlya menunjukkan aksinya... pantang terjaga dari tidur!!.. 5..6 kali dia meniarap!!

Pose buat wan dan atok!

* muka Dahlya dah kembali bersih semula dr jerawat-jerawat yg mencomotkannya hanye menggunakan secolet krim

April 23, 2009

Sebulan sudah

"sesenduk engku, sesenduk umi, sesenduk ucu" ehhhhhh!! ape kene mengena ngan ucu??? Dahlya minum bnyak smpai kembong.. nk bg ucu plak??? lagu tu dinyanyikan oleh wan ketika Dahlya sedang kembong..

Sudah genap Dahlya berusia sebulan. Pada mula lahir bayi dilahirkan mukenya sering berubah2 tak terkecuali dengan Dahlya.. sekejap macam muka Ucu, muke Paklong, muka Umi, muka Engku, muka Atok.. Dah sebulan hanye 1 je Dahlya cilok dr Umi iaitu bibir.. yg lain.. dahi, mata, bulat semua copyright Engku.

Skrang Dahlya pandai menojang kaki, dan meniru gaya org..menjelir,kelip2 mata.. setiap hari ade je panjang akalnye...

Disediakan oleh Umi

April 15, 2009

Menang






Percaya atau tidak, gambar diatas sebenarnya hanyalah untuk simpanan Engku semata2 untuk memenuhi beberapa slot frame gambar yang baru dibeli dari IKEA. Foto frame ini ada beberapa keping gambar didalam satu frame bagi diisi setiap perjalanan Umi dari mengandung hingga bersalin anak sulung kami.

Sms dari kawan Ucu bertulis, "Ja, ko beli majalah PA&MA bulan Mei tak? Kakak ko menang ibu hamil menawan tuk bulan Feb...;) ni mesti ko yang tangkap". Ucu yang tangkap?ehehehe..Rasa terkejut juga dengan sms yang dihantar tadi.

Engku tak pernah bermimpi untuk menang apa2 pertandingan fotografi walaupun sekarang bekerja sebagai ahli fotografi (fotografer la..) ehehe..
Pernah sekali menang hadiah saguhati pertandingan Shah Alam Bandaraya Anggerik suatu ketika dulu dan seterusnya Engku tidak pernah lagi menyertai memana pertandingan fotografi.

Pelik, siapa yang hantar foto yang hanya merupakan koleksi keluarga ini. Apabila ditanya pada Umi, Umi mengaku menyertai pertandingan fotografi ini tanpa pengetahuan Engku. Hadiah berbentuk voucher wang tunai RM200.00 masih belum diterima. InsyaAllah jika sampai ke tangan Engku, Engku akan belikan baju baru untuk Dahlya. Alhamdulillah, hari ini rezki Dahlya dalam kandungan. Hari ini pula Dahlya selsema dan tidur tak selesa sambil merengek2 susah untuk bernafas kerana hingus. (Engku sedih...:().

Tidak lupa, terima kasih kepada auntie Salina yg ikut sama2 semasa sesi fotografi Umi berlangsung di tempat kerja Umi (KUIS).


Dibawah ini foto hasil sesi fotografi yang tempoh hari
IMG_8884_weet
Untuk foto2 yang lain sila klik disini



Disediakan oleh Engku