darmansyah
Showing posts with label bandar sri putera. Show all posts
Showing posts with label bandar sri putera. Show all posts

November 03, 2009

BaitunNuha

Apa itu Baitunnuha?? bermaksud Rumah Nuha!. Idea ini tercetusnya dari Atok dan Andung yang mahukan kami membeli dan memberi nama rumah nanti dinamakan BAITUNNUHA.
Sudah lama kami mengidam2kan rumah sendiri, kerana sekarang ini kami sekeluarga menyewa apartment di Bandar Seri Putra. Klik disini untuk melihat rumah sewa kami sekarang. Pelbagai cabaran untuk mencari rumah. Umi tak kisah jenis rumah beso?kecik? asalkan rumah sendiri. Kami cuba mencari sekitar Bandar Seri Putra, tetapi harga di kawasan ini mmg mahal! Jadi Engku dan Umi mencuba pula di sekitar Putera Mahkota ( kaw jiran bdr seri putra) di kawasan itu banyak juga rumah untuk dijual dan lelong. Kami berjaya membeli rumah lelong atas bantuan ejen lelong yang bernama Ng. Ng sangat baik dan banyak mengajar kami tentang cara2 utk membeli dan membuat pinjaman rumah pelbagai bank. (hehhee.. kata 1 Malaysia!)

Rumah yang berjaya kami beli.

pandangan hadapan

pandangan belakang


dapur & bilik air
ruangtamu
bilik tidur utama
Atok cukup bersemangat membantu Engku membersihkan rumah, mungkin dihati beliau gembira melihat cucunya tidak duduk dirumah sewa lagi.
terima kasih atok tolong kami membersihkan rumah dan menjaga dahlya!

Dan sekarang kami menunggu kelulusan pinjaman bank. Harap2 dapat cepat la.. boleh kami duk baitunnuha!.

Sementara menunggu pinjaman rumah, Engku dan Umi meninjau kabinet dapur, perabot bilik dahlya dan macam-macam lagi!! huhuuhuu..

Gambar di bawah adalah contoh gambar yang diambil disekitar ruang pameran Ikea di Mutiara Damansara


Amboi, umi dah berkenan warna merah ye!






Dahlya sudah dihantar ke Taska! Umi tengok seronoknya dia disana, sebab disana Dahlya ramai kawan, kalo time tido.. semua tido! Makan sama-sama. Umi harap Dahlya membesar dengan baiknya.



seronoknya Dahlya!


Tips pembaca blog ini dan mungkin anda terfikir untuk membeli rumah, sila sediakan wang tunai yang banyak untuk membuat persediaan menduduki rumah jika anda menang dalam sesi lelongan. Contoh rumah kami seharga 125k, memerlukan wang cash sebanyak lebih kurang 18k untuk persediaan bermacam2 bayaran. Anda boleh meminjam wang kepada saudara mara atau sahabat kerana wang KWSP anda boleh dikeluarkan 100% dari akaun2. Ketika ini interest yang paling murah ditawarkan oleh RHB bank. RHB menawarkan skim ansurans Islamic dengan interest 3.65%. Segala bayaran peguam, pegawai penilaian harta, dan MRTA ditanggung oleh pihak bank. JANGAN ketinggalan, sila beli rumah sekarang...

May 19, 2009

Marhaban

Dahlya dimandikan sebelum berangkat ke Surau

Sabtu malam, setelah dirancang awal oleh Atok dan Andung di Surau Kg.Bendahara di tempat Atok dan Andong tinggal maka disitu lah Dahlya di cukur jambulnya dengan cara sederhana.

Persiapan seawal pagi Engku dan Umi pergi ke pasar Selayang untuk membeli beberapa buah tangan untuk para hadirin yang hadir pada malam kenduri nanti. Tidak banyak hadiah buah tangan yang diberikan cuma beberapa makanan ringan dan air mineral cawan. Semua ini hadiah dari Andong untuk meraikan cucunya.

Hadiah untuk para hadirin yang datang

Selepas sholat mahgrib, jam 8.45 seperti yang dipesan oleh Atok, Engku membawa Dahlya, Umi beserta Bunda Odah ke surau tidak jauh dari rumah kediaman Andong. Disana, Dahlya diperkenalkan oleh para hadirin yang datang. Seramai 6 orang jemputan khas Atok untuk membaca marhaban dinyantikan dengan merdu. Surau ini tiada ahli yang boleh menyanyikan marhaban maka Atok mencari beberapa kenalan beliau untuk menyanyikannya.


Acara ini tidak mengambil masa yang lama. Lebih kurang 30minit selesai dan setelah nyanyian marhaban, Dahlya digendong oleh Atok di bawa ke sekeliling para hadirin untuk dipotong rambutnya. Engku mengekori dari belakang dengan membawa talam bekas berupa gunting dan cawan untuk diletakkan madu, kurma. Perkara ini dibuat supaya anak yang dilahirkan dengan harapan dapat memakan makanan yang baik2 belaka bila besar nanti.Majlis potong rambut dimulakan dengan Atok(Atok juga merupakan penasihat surau di Kampung Bendahara

Imam surau Kampung Bendahara.


Jiran


Hadirin yang datang pada malam itu juga diberi penghormatan

Setelah habis acara potong rambut/cukur jambul, para hadirin sholat Isyak disertakan tahlil arwah dan dijamu dengan makanan yang ala kadar.

Diantara para hadirin yang datang dimajlis malam itu

May 04, 2009

Sedih


Engku dapat merasakan perasaan Wan ketika Engku mengucapkan kata yang berbunyi, `terima kasih banyak2 mak...`. Pasti sedih dan hiba yang tak terkira apabila Dahlya telah meninggalkan rumah Wan untuk pulang ke Bandar Sri Putra di tempat kediaman sebenar Dahlya akan dibesarkan.

Seminggu yang lalu setelah berbincang dengan Umi, kami setuju sebulat suara pada 02 Mei 2009 Dahlya dan Umi bersama Engku akan ke rumah kediaman. Tengah harinya, Pak Long, Mak Long dan Kak Umairah (sepupu Dahlya yang comel) telah datang melawat Dahlya dan bermain seketika sambil mencium dahi Dahlya. Umarah (nama panggilan Umai) suka menyakat Dahlya dan lucu dengan tingkah laku Umai apabila mengambil beberapa barangan mandian Dhalya pada bakul dan mengatakan barang itu Umai yang punya, tetapi apabila ditanya oleh Wan barang itu siapa yang punya dengan bersahaja Umai mengatakan `baby` yang punya. Itu lah perangai Umai yang suka menyakat Dahlya pada tengah hari ini.

Sudah beberapa minggu Umai tak dapat menjenguk Dahlya kerana Umi Umai dikhabarkan telah `berisi` perutnya dengan cahaya mata yang kedua. Umai akan dapat adik, InsyaAllah. Sementara itu Atok turun dari bilik atas dan memberi bantal `spongebox` hadiah dari Ucu. Lucu memang lucu disamping kebijakan Umai menjawab apabila Umi Dahlya tanya pada perkataan huruf `O` pada bantal `spongebox` Umai, berbunyi seperti ini:-
Umi Dahlya: `O` mana?
Umai: `O` dah balik rumah.
Terbahak2 ketawa dengan jawapan bersahaja dari Umai dan teringat pula dengan jawapan bersahaja didalam dialog cerita P.Ramlee. Jin tendang Wow.

Sementara menunggu Pak Long, Mak Long dan Umai datang untuk menjenguk, segala barang telah dimasukkan kedalam kereta. Penuh bonet dan tempat duduk belakang kereta Kelisa Umi dengan barang2 Engku, Umi dan Dahlya sehingga Engku tidak dapat melihat cermin pandang belakang ketika memandu pulang ke Bandar Sri Putra.

Kebiasaan pada keluarga orang lain, ketika pantang pasti isteri akan dijaga dan dikawal rapi oleh ibu dan bapanya.Ketika ini umur Dahlya telah menjangkau 42hari dan sekitar jam4 petang, kami meninggalkan rumah Wan di Teluk Gedung, Klang sampai ke rumah kediaman kami sejam kemudian.