Troli Dahlya ditolak oleh Bunda Odah
Perancangan ini memang sudah diatur awal2 lagi untuk kami 3sekeluarga berjalan2 ke Alamanda. Semalam ketika Bunda Raudah (adik Engku) berhasrat untuk datang ke rumah, Engku dan Umi sudah berbincang awal2 untuk membawa Bunda Raudah bersama ke Alamanda.

Turun dari kereta, Engku bergegas ke tempat duduk belakang mengambil troli bayi Dahlya yang telah lama kami beli sebelum Dahlya dilahirkan lagi. Troli yang comel berwarna oren dibeli dengan harga sekitar RM350. Bangga pula bawa Dahlya jalan2 hari ini. Hari pertama Engku menjadi seorang ayah dan membawa anak berjalan2 bersama. Masuk kepintu Alamanda yang terletak di Putrajaya, troli yang baru digunakan itu tidak boleh masuk kerana terdapat besi penghalang di eskulator yang menuruni ketingkat bawah. Agak hairan dan kesal kenapa besi penghalang ini diletakkan ditengah2 eskulator ini?, bayangkan jika seorang yang kurang upaya melalui jalan yang sama seperti kami. Mahu tak mahu orang itu akan meminta bantuan orang lain untuk membantu melewati eskulator tadi.


Terpaksa mengangkat troli untuk melepasi eskulator tadi Umi dan Bunda Odah(Raudah) pergi mengambil wang di ATM, Engku menunggu diluar ATM bersama Dahlya dan seterusnya kami ke butik Anakku. Umi membeli sepasang baju untuk Dahlya dan ke dewan makan Alamanda. Engku makan sizzling mee dan bunda Odah makan sup manakala Umi tidak makan hanya minum air mineral kerana Umi masih dalam pantang. Setelah makan, selera Engku untuk berjalan2 lagi terhapus apabila roda troli tercabut tanpa sebab diketahui. Setelah Engku cek roda troli rupanya ada komponen yang tidak lengkap pada roda troli tadi yang menyebabkannya tercabut.
Huh..dimana letak QC pada barangan ini. Beli dengan mahal tetapi kualiti tidak ada. Bila tengok lagi sekali, alahaiii..buatan China. Malas nak berfikir lagi kami sekeluarga sampai dengan selamat. Menjelang malam, kami sekeluarga menonton VCD Laskar Pelangi yang dibawa oleh Bunda Odah. Laskar pelangi sebuah filem yang mesti tonton tapi jangan lupa membaca novel laskar Pelangi terlebih dahulu sebelum menonton filemnya. Tulisan Andrea memang sangat menawan Engku sebagai pembaca.
VCD Laskar Pelangi

Selamat Hari Ibu Buat Isteri ku dan terima kasih kerana melahirkan Dahlya. Selamat hari ibu juga buat Wan Dahlya. Ibu Engku sudah meninggal 6 tahun yang lalu. Kini Engku yatim piatu dan hanya pada Dahlya sahaja Engku berharap.
No comments:
Post a Comment