darmansyah
Showing posts with label botak. Show all posts
Showing posts with label botak. Show all posts

October 06, 2009

demam


Ini gambar Dahlya pada hari raya ke-empat yang lepas, sihat dan aktif. Sejak 1 okt Dahlya pada mulanya selsema biase je, lepas tu demam selama 4 hari. Pada hari ketiga Engku tido kan Dahlya terasa ade benjol2 di kepala Dahlya. eikk.. umi.. ape ni.. berlekit2 ni.. basah dan hamis. Kami berjumpa doktor, rupenye jangkitan kuman, sian Dahlya kerana jangkitan tersebut membuatkan Dahlya demam. Banyak tau kudis2 tu..jadi kami mencukur rambut Dahlya menjadi botak. Sian Dahlya..


Sebenarnya Dahlya jarang demam, rase2nya kali kedua Dahlya demam selama 6 bln . Hari isnin Umi nak mula kerja, belek2 badan dia.. rupenya Dahlya kene campak keladi!!! hmm Selsema, Demam, Batuk, Campak... sian sangat2.. tapi Dahlya agak kuat semangat. selama Umi jaga Dahlya, dia tak meragam dan merengek. Cuma kene sentiasa ade bersama. Tak pandai cakap, jadi mata dan sentuhan dia yang boleh mengadu.

Seminggu Dahlya dan Umi di Klang, Atuk dan Wan yang menjaga Dahlya, Umi pon kene la pantang gak, tak leh makan yang gatal dan berminyak, sbb Dahlya masih menyusu badan. Badan Dahlya susut dan kemerah-merahan. Sian si comot Umi ni.

Dan Engku? selama seminggu Engku seorang di Bangi sunyi tiada suara Dahlya.. heheee.. padan muka takde sape nak lawan gaduh ngan Engku kan.. huhuu..


Kata orang, demam nak besar kan?? Diharap kawan2 Dahlya mendoakan Dahlya sihat dan cergas semula ya...
Amin

gambar terbaru Dahlya yg botak..





May 19, 2009

Hadiah Dan Botak

Seperti tulisan yang sebelumnya, jika sebuah keluarga mendapat ahli yang baru maka sanak saudara, jiran, rakan sekerja dan lain2 kenalan pasti akan bermurah hati untuk menghulur pelbagai hadiah buat bayi yang baru dilahirkan. Begitu juga Dahlya, kali ini Dahlya dapat 2 botol bedak dan satu set barang kelengkapan bayi termasuk tisu basah, puting kapas dan sebagainya.

Hadiah ini di beri oleh jiran sebelah rumah kiri Atok, Abang Roslan namanya. Manakala hadiah satu set kelengkap bayi dihadiahkan oleh One yang dahulunya jiran sebelah rumah kanan Atok tetapi One telah pindah. One sangat gembira bila melihat Dahlya. One merupakan jiran yang paling rapat dengan Andong dan Atok. Segala masalah yang memerlukan rujukan, semua dibincangkannya dengan Atok.


2 botol bedak hadiah keluarga Abang Roslan

Satu set alat kelengkapan bayi


Petang Isnin maka bermulalah episode cukur rambut Dahlya sehingga botak. Umi mengambil foto2 Dahlya sebelum dibotakkan kerana ini merupakan detik sejarah bagi Dahlya sebelum rambutnya dibotakkan. Sebelum dibotakkan, rambut Dahlya lurus, lebat dan hitam. Terasa sayang pula untuk membotakkan kepala Dahlya tetapi apakan daya kerana untuk membersihkan kulit kepala Dahlya dari kelumumur yang ada ketika dilahirkan, terpaksa juga dibotakkan.

Sempat berposing


Andung mendukung Dahlya

Rambut sebelum dicukur

Ketika dicukur

Dah perangai Dahlya suka tidur macam Engku

momen menguap khas dari Umi

Sejuk dan lena selepas dicukur



Orang kata, kalau kita mencukur rambut bayi segala penyakit akan dapat dibuang. betul ke?
Dijemput para pembaca blog ini datang menghadiri majlis kenduri Aqidah Dahlyatunnuha di Teluk Gedung, Klang. Sabtu pada 13 Jun 2006.