Petang itu kami 3 keluarga sudah bersetuju untuk bercuti ke Danau Toba, perjalanan dimulakan dengan menyewa kenderaan Toyota Inova sudah cukup untuk mengisi semuanya walaupun sedikit sempit. Keluarga Bang Nabil dan Kak Awam. Perjalanan bemula dari Langsa ke Medan mengambil masa memandu selama lebih kurang 7jam. Bertolak selapas sholat maghrib, didalam kereta, Dahlya tidak banyak kerenah dan selama perjalanan disana Dahlya juga tidak rewel. Sangat senang membawa Dahlya bercuti semasa bayi, Dahlya hanya tau minum dan main sahaja.
Sampai di Danau Toba lebih kurang jam4 pagi, kami terus menuju bilik hotel. Apabila ingin menempah bilik, petugas hotel mengatakan waktu untuk mendaftar hotel jam6 pagi dan jika kami menempah dari waktu itu, kami harus membayar untuk satu malam ekstra. Setelah berbincang, kami lupakan dulu untuk menempah hotel dan pergi berjalan2 sekitar Danau Toba untuk bersarapan. Udara di Danau Toba tidak lagi sedingin ketika Engku berkunjung kesini suatu ketika dulu, mungkin disebabkan dengan pembangunan yang tidak terancang. Danau Toba merupakan tasik diatas gunung berapi yang sudah meletus lama dulu maka terbentuk lekukan yang besar seperti kawah dan menjadi danau. Di tengah danau itu pula terdapat sebuah pula yang dinamakan Pulau Samosir. Sesungguhnya Indah ciptaan Allah Maha Pencipta.
Tepat Jam 6 pagi, kami mendaftar di hotel untk mendapatkan bilik masing2. Satu bilik hotel berharga 238.000 rupiah sahaja. Lebih kurang RM80. Paginya ada penjual durian di hotel kami dan sempat juga Engku membeli durian 6biji seharga 48.000rupiah.
Engku sedang menawar harga durian
Berehat dan tidur dibilik masing2 sehingga jam11 pagi, kami sekeluarga pergi makan tengah hari disebuah restoran diberi nama Istana Minang. Perlu diingat untuk pembaca, makanan di Danau Toba agak mahal jika dibandingkan di Medan.
Tiba masa untuk kami berjalan di Pulau Samosir dengan menggunakan bot sewaan berharga 450000 rupiah untuk 3 destinasi iaitu Batu Gantung, Pulau Peranginan Samosir dan Tomok pergi dan balik. Terasa sejuk dan nyaman udara di Danau Toba ini kerana tempat ini berada agak tinggi dari aras laut. Kedinginan udara angin dari pergerakan bot juga boleh membuatkan badan menggigil.
Berikut di bawah adalah foto2 sekitar Danau Toba:-
October 23, 2009
Danau Toba
Labels:
Dahlya,
Danau Toba,
Indonesia,
interesting place,
lake toba,
medan
October 21, 2009
Selingan : Bertenang...
Harini Dahlya tak dihantar ke rumah Maknya (penjaga bb) Buat sementara ini atok yang menjaga Dahlya. Terima kasih atok kerana sudi menjaga Dahlya.Bulan hadapan Dahlya akan dihantar Taman Asuhan Ust. Rodzi (insyaAllah).
Mak Dahlya hanya menjaga 2 org sahaja iaitu Dahlya dan seorang budak comel yang sudah berumur 1 tahun. Kenapa Umi dan Engku tak hantar ke umah Mak?? sebab mak Dahlya asyik berungut Dahlya sudah lasak, lasak camne? Dahlya nak merangkak jadinya Dahlya merayap2 dan kurang tidor. Setiap hari mak Dahlya asyik merepek2 dan suruh Umi membawa babywalker, Umi dh bg tau mak die, Dahlya blom boleh duduk lagi mane boleh duk dlm baby walker. Orang mmg mudah nak duit tp nak jaga malas, Dahlya mmg x banyak ragam dan dia adalah bayi yang normal (baru belajar nak merangkak) mmg la semua nak dia nak pusing. Bayangkan kalo Umi bg gak babywalker tu kat die?? mahu 8 jam die letak Dahlya kan??..
Sebelum Dahlya demam, penah jugak mak Dahlya terlepas cakap "Dahlya lasak la.. tak duk diam, akak masuk dlm bath tab baby", gulp!! menyirap darah gue.. tahan.... iman ku.. selepas Dahlya demam seminggu, kami ke Medan seminggu dan baru 2 hari mak dia jaga macam2 rungutan die, dan 2 malam dahlya asyik tido rengek2.. nape ye?? penderaan mental?? Umi dah tak tahan repekan mak Dahlya lagi. Umi kaget, apalah jadi pada anak aku bila dia jaga seharian?? Dari jadi perkara yang bukan2 Umi dan Engku tak mo dah hantar kat mak Dahlya.
Semoga bulan hadapan Dahlya dapat penjaga baru yang baik.

October 20, 2009
Salwa, Dahlya, Nabil, Naura Zahwa
Majlis Perkahwinan Om Farid telah berlangsung dengan suasana riang, sehingga jam 11 malam. Kami bercadang ingin menumpang Om Hendro pulang ke Langsar jam 4.00 pg. Ini kerana Hendro tak dapat cuti pada hari Isnin, perlu masuk kerja jam 9.00 pg. Perjalanan ke Langsar mengambil masa 4 jam. Dahlya tak meragam pabila Engku mengejutkannya pg tu. Walaupon jam 4.00 pg mmg enak dibuai mimpi.
Kami sampai di rumah Bu Ita (adik Engku) jam 8.00 pg. Kak salwa dan Kak Awam (anak saudara Engku) menunggu kami di muka pintu dengan semanis senyum. Seronok kepalang mereka melihat Dahlya. Di Langsa kami dapat juga jumpa Abang Nabil!! anak kepada Bunda Adek (adik Engku yang bungsu)
Nabil baru berusia 11 bulan, sekarang dah berdiri mungkin 2-3 minggu lagi abg Nabil dah boleh berjalan. Nabil sangat comel dan gebu seperti Bunda Adek, dan suke buat lawak seperti ayahnya Om Surya. Umi hadiahkan beg Upin berwarna hijau kepada Abg Nabil dan 2 biji bantal peluk upin & ipin kepada kak Salwa dan kak Awam(Naura Zahwa).
Di Langsar Umi sempat membeli gelang kaki Dahlya berbentuk Hello Kitty (boleh gang ngan Ucu ye.. fans hello kitty) dan baju untuk kak Alisya, sofea dan Kak Umai (anak buah umi). Tak banyak akviti kami di sana, hanya melawat saudara2 Engku di sekitar Langsa.
October 17, 2009
Hari Kedua di Medan
riang si Dahlya
Lawak bila teringat Sabtu lepas, kami bertiga tertinggal kapal terbang jam 7.40pg. Lewat minit sahaja. Pengajarannya, jika ada anak kecil jangan bertolak pagi ye engku. hihiii.. Jadi kami menempah semula pada hari yang sama jam 10 mlm pada hari yang sama. Kami ke Sumatera Utara dari 10hb - 17hb Oktober. Itu la Air Asia, penumpang lambat dia tak mau tunggu manakala dia lambat dah menjadi kebiasaan dalam bisnesnya. Pejalalanan bermula dari LCCT-Medan- Langsa-Perapat-Medan-LCCT.
Pada malam pertama sampai di Medan kami menginap di rumah mamanya Hendro. Agak tergantung (terkilan) kami tak ambil gambar Mama Hendro bersama Dahlya. Mama Hendro sayang sangat sama Dahlya. Orangnya lemah lembut dan baik sekali melayan kami sekeluarga. Keesokannya, Engku pergi dahulu bersama Om Hendro untuk menyaksikan pernikahan Om Farid dengan Auntie Meilda. Auntie Meilda ini keturunan Mendeleng, Mendeleng adalah orang batak tetapi jika batak ini masuk Islam di panggil Mendeleng. Banyak adatnya. Pabila kawin pengantin perempuan tidak dibenarkan ada dirumahnya, haritu jugak la, auntie Meilda perlu pulang ke rumah lelaki. huhuhhu.. sedih..
Hendro yang cukup segak dan ganteng
semoga mereka berdua ini dikurniakan cahayamata. Hendro dan Farrah.
semoga mereka berdua ini dikurniakan cahayamata. Hendro dan Farrah.
Terima kasih kepada keluarga Farrah dan Hendro yang sangat baik hati melayan karenah kami, hanya Allah yg sahaja dapat membalas jasa kalian semua.
Bercerita tentang Dahlya?? Dahlya di minati oleh semua orang disana kerana mereka kata Dahlya anak yang baik budi, tak rewel (tak nangis) senyum sahaja. Alhamdullilah sihat die di Medan.
selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
October 07, 2009
Satu Harapan
Apabila diberitakan Umi telah berisi, bercelaru fikiran. Perasaan di hati senang, gembira, hiba dan yang paling utama berjaya juga `kejantanan` menghasilkan benih. Ketika itu umi mula mual2 dan tiada selera. Dan selama 9 bulan, Umi mendapat alahan..umi asyik meludah je, beg plastiklah menjadi peneman Umi kemana-mana. Tidak banyak kerenah pembawaan umi semasa itu, kecuali mengidamkan sate kajang. Ketika itu aku yang tidak ada pengalaman dalam melayan isteri yang mengidam, aku tidak melayan umi yang kepingin sate Kajang. Akhirnya dalam jam 10 mlm, umi sendiri bertemankan Alisya yg baru berusia 3 tahun ketika itu, pergi ke Kajang membeli sate.
Selama tempoh 9 bulan dan bermacam2 kerenah Dahlya didalam perut ketika itu dan yang paling seronok apabila menyentuh perut umi, aku dpt merasa Dahlya menendang. Akhirnya hari yang paling gembira diberitakan apabila Dahlya dilahirkan dengan sihat di hospital Klang dengan pembedahan. Nama Dahlyatunnuha diberikan oleh ku dengan maksud `akal yang pintar`. Bahagia aku sebagai ayah dikurniakan bayi perempuan yang sangat comel, bersyukur kepada Allah. Terpikir untuk membesarkan Dahlya, samada boleh memberikan Dahlya kesenangan untuk membesarkannya, teringat cerita Anakku Sazali apabila P.Ramlee membesarkan anaknya dengan kekayaan akhirnya Sazali menjadi penjahat yang paling dikehendaki di kota Singapura.
Ah...jangan besarkan anak kita dengan kekayaan dan besarkan anak kita dengan kesederhanaan. Kita juga bukan datang dari keluarga yang kaya, fikirku begitu.
Kini dahlya sudah hampir berusia 7 bulan, dia sudah lasak, orang tua2 bilang kalau anak kita lasak bermaksud ingin tahu dan bila ingin tahu anak itu normal dan pintar. Pintar..memang itu yang diinginkan untuk anak2 dalam sebuah keluarga bahagia. Pintar akan menjadikan anak2 kita ahli politik, atau doktor, atau ahli perniagaan atau arkitek dan macam2 lagi kerja profesional yang menjanjikan kekayaan. Bagi saya, apa yang penting bila besar nanti Dahlya boleh belajar setinggi2 dengan ilmu agama. Jika boleh mengikut Atoknya belajar di universiti Madinah. Ilmu agama lebih penting untuk segala2nya.
Teks ditulis oleh Engku

October 06, 2009
demam
Ini gambar Dahlya pada hari raya ke-empat yang lepas, sihat dan aktif. Sejak 1 okt Dahlya pada mulanya selsema biase je, lepas tu demam selama 4 hari. Pada hari ketiga Engku tido kan Dahlya terasa ade benjol2 di kepala Dahlya. eikk.. umi.. ape ni.. berlekit2 ni.. basah dan hamis. Kami berjumpa doktor, rupenye jangkitan kuman, sian Dahlya kerana jangkitan tersebut membuatkan Dahlya demam. Banyak tau kudis2 tu..jadi kami mencukur rambut Dahlya menjadi botak. Sian Dahlya..
Sebenarnya Dahlya jarang demam, rase2nya kali kedua Dahlya demam selama 6 bln . Hari isnin Umi nak mula kerja, belek2 badan dia.. rupenya Dahlya kene campak keladi!!! hmm Selsema, Demam, Batuk, Campak... sian sangat2.. tapi Dahlya agak kuat semangat. selama Umi jaga Dahlya, dia tak meragam dan merengek. Cuma kene sentiasa ade bersama. Tak pandai cakap, jadi mata dan sentuhan dia yang boleh mengadu.
Seminggu Dahlya dan Umi di Klang, Atuk dan Wan yang menjaga Dahlya, Umi pon kene la pantang gak, tak leh makan yang gatal dan berminyak, sbb Dahlya masih menyusu badan. Badan Dahlya susut dan kemerah-merahan. Sian si comot Umi ni.
Dan Engku? selama seminggu Engku seorang di Bangi sunyi tiada suara Dahlya.. heheee.. padan muka takde sape nak lawan gaduh ngan Engku kan.. huhuu..
Kata orang, demam nak besar kan?? Diharap kawan2 Dahlya mendoakan Dahlya sihat dan cergas semula ya... Amin
gambar terbaru Dahlya yg botak..
Labels:
batuk,
botak,
Campak Keladi,
demam,
Selsema
October 01, 2009
beraya dan raya!~
salam aidilfiri buat semua!~
Tahun ini giliran Engku, jadi kami sekeluarga balik ke Selayang, dapatlah Dahlya beraya bersama Andung dan Atuk. Raya kedua baru lah kami ke rumah atuk dan wan. Hari-hari kami beraya tau.. Tapi Engku malas nak amik gambar. menci tul! penat la umi letak labuci2 kat baju raya.. tak mau die amik gambar umi dan Dahlya. huhuuuu...
Lagi satu yang Umi geram ngan Engku, dia tak bawak tripod, jadi gambar kita bertiga tak dapek la amik.. menci tau Engku ni.. nanti kite mogok ye Dahlya... jangan gang ngan Engku.
Subscribe to:
Posts (Atom)