darmansyah

October 20, 2009

Salwa, Dahlya, Nabil, Naura Zahwa

Sepupu Dahlya

Abg Nabil dengan cincin bomohnya. ehehehe....

Majlis Perkahwinan Om Farid telah berlangsung dengan suasana riang, sehingga jam 11 malam. Kami bercadang ingin menumpang Om Hendro pulang ke Langsar jam 4.00 pg. Ini kerana Hendro tak dapat cuti pada hari Isnin, perlu masuk kerja jam 9.00 pg. Perjalanan ke Langsar mengambil masa 4 jam. Dahlya tak meragam pabila Engku mengejutkannya pg tu. Walaupon jam 4.00 pg mmg enak dibuai mimpi.

Kami sampai di rumah Bu Ita (adik Engku) jam 8.00 pg. Kak salwa dan Kak Awam (anak saudara Engku) menunggu kami di muka pintu dengan semanis senyum. Seronok kepalang mereka melihat Dahlya. Di Langsa kami dapat juga jumpa Abang Nabil!! anak kepada Bunda Adek (adik Engku yang bungsu)

Nabil baru berusia 11 bulan, sekarang dah berdiri mungkin 2-3 minggu lagi abg Nabil dah boleh berjalan. Nabil sangat comel dan gebu seperti Bunda Adek, dan suke buat lawak seperti ayahnya Om Surya. Umi hadiahkan beg Upin berwarna hijau kepada Abg Nabil dan 2 biji bantal peluk upin & ipin kepada kak Salwa dan kak Awam(Naura Zahwa).

Di Langsar Umi sempat membeli gelang kaki Dahlya berbentuk Hello Kitty (boleh gang ngan Ucu ye.. fans hello kitty) dan baju untuk kak Alisya, sofea dan Kak Umai (anak buah umi). Tak banyak akviti kami di sana, hanya melawat saudara2 Engku di sekitar Langsa.

2 comments: