Apabila diberitakan Umi telah berisi, bercelaru fikiran. Perasaan di hati senang, gembira, hiba dan yang paling utama berjaya juga `kejantanan` menghasilkan benih. Ketika itu umi mula mual2 dan tiada selera. Dan selama 9 bulan, Umi mendapat alahan..umi asyik meludah je, beg plastiklah menjadi peneman Umi kemana-mana. Tidak banyak kerenah pembawaan umi semasa itu, kecuali mengidamkan sate kajang. Ketika itu aku yang tidak ada pengalaman dalam melayan isteri yang mengidam, aku tidak melayan umi yang kepingin sate Kajang. Akhirnya dalam jam 10 mlm, umi sendiri bertemankan Alisya yg baru berusia 3 tahun ketika itu, pergi ke Kajang membeli sate.
Selama tempoh 9 bulan dan bermacam2 kerenah Dahlya didalam perut ketika itu dan yang paling seronok apabila menyentuh perut umi, aku dpt merasa Dahlya menendang. Akhirnya hari yang paling gembira diberitakan apabila Dahlya dilahirkan dengan sihat di hospital Klang dengan pembedahan. Nama Dahlyatunnuha diberikan oleh ku dengan maksud `akal yang pintar`. Bahagia aku sebagai ayah dikurniakan bayi perempuan yang sangat comel, bersyukur kepada Allah. Terpikir untuk membesarkan Dahlya, samada boleh memberikan Dahlya kesenangan untuk membesarkannya, teringat cerita Anakku Sazali apabila P.Ramlee membesarkan anaknya dengan kekayaan akhirnya Sazali menjadi penjahat yang paling dikehendaki di kota Singapura.
Ah...jangan besarkan anak kita dengan kekayaan dan besarkan anak kita dengan kesederhanaan. Kita juga bukan datang dari keluarga yang kaya, fikirku begitu.
Kini dahlya sudah hampir berusia 7 bulan, dia sudah lasak, orang tua2 bilang kalau anak kita lasak bermaksud ingin tahu dan bila ingin tahu anak itu normal dan pintar. Pintar..memang itu yang diinginkan untuk anak2 dalam sebuah keluarga bahagia. Pintar akan menjadikan anak2 kita ahli politik, atau doktor, atau ahli perniagaan atau arkitek dan macam2 lagi kerja profesional yang menjanjikan kekayaan. Bagi saya, apa yang penting bila besar nanti Dahlya boleh belajar setinggi2 dengan ilmu agama. Jika boleh mengikut Atoknya belajar di universiti Madinah. Ilmu agama lebih penting untuk segala2nya.
Teks ditulis oleh Engku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
touching! luahan seorang ayah juga suami~~
ReplyDelete-aLia
mcm iklan petronas kann..hahahahhahaa
ReplyDeletetabik boooos