darmansyah

October 17, 2009

Hari Kedua di Medan


Italic
riang si Dahlya


foto kami di rumah pengantin perempuan

Lawak bila teringat Sabtu lepas, kami bertiga tertinggal kapal terbang jam 7.40pg. Lewat minit sahaja. Pengajarannya, jika ada anak kecil jangan bertolak pagi ye engku. hihiii.. Jadi kami menempah semula pada hari yang sama jam 10 mlm pada hari yang sama. Kami ke Sumatera Utara dari 10hb - 17hb Oktober. Itu la Air Asia, penumpang lambat dia tak mau tunggu manakala dia lambat dah menjadi kebiasaan dalam bisnesnya. Pejalalanan bermula dari LCCT-Medan- Langsa-Perapat-Medan-LCCT.

Pada malam pertama sampai di Medan kami menginap di rumah mamanya Hendro. Agak tergantung (terkilan) kami tak ambil gambar Mama Hendro bersama Dahlya. Mama Hendro sayang sangat sama Dahlya. Orangnya lemah lembut dan baik sekali melayan kami sekeluarga. Keesokannya, Engku pergi dahulu bersama Om Hendro untuk menyaksikan pernikahan Om Farid dengan Auntie Meilda. Auntie Meilda ini keturunan Mendeleng, Mendeleng adalah orang batak tetapi jika batak ini masuk Islam di panggil Mendeleng. Banyak adatnya. Pabila kawin pengantin perempuan tidak dibenarkan ada dirumahnya, haritu jugak la, auntie Meilda perlu pulang ke rumah lelaki. huhuhhu.. sedih..

Hendro yang cukup segak dan ganteng
semoga mereka berdua ini dikurniakan cahayamata. Hendro dan Farrah.

Terima kasih kepada keluarga Farrah dan Hendro yang sangat baik hati melayan karenah kami, hanya Allah yg sahaja dapat membalas jasa kalian semua.

Bercerita tentang Dahlya?? Dahlya di minati oleh semua orang disana kerana mereka kata Dahlya anak yang baik budi, tak rewel (tak nangis) senyum sahaja. Alhamdullilah sihat die di Medan.


Keluarga bahagia

selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

No comments:

Post a Comment