darmansyah

March 21, 2010

Pesta Ulang Tahun Yang Pertama

Setahun yang lalu

Dahlya kini

Setahun yang lalu, sebelum Dahlya dilahirkan telah pergi Atuk Dahlya (Abu Hanifah) ke rahmatullah akibat dari kemalangan jalanraya. Allah telah menggantikan yang pergi dengan cahaya mata yang begitu comel setelah seminggu pemergian Atuk.

Kini Dahlya telah membesar hari demi hari, bulan demi bulan dan tepat masa pada hari ini Dahlya dilahirkan pada tahun yang lalu. Banyak rintangan membesarkan Dahlya dari dalam kandungan hingga ke hari ini. Antara ujian dari Allah yang paling hebat buat kami, ketika Dahlya terkena demam campak, muntah dan tidak tidur malam menguji kesabaran kami berdua. Meniarap, merangkak, berdiri dan kini mula berjalan beberapa langkah kehadapan. Apa yang paling menggelikan hati telatah Dahlya yang suka membebel dalam bahasa bayi yang kami sendiri tidak memahami, hanya beberapa patah perkataan seperti tetek, nenen dan umi sahaja yang boleh difahami

Atuk dan Andung tidak dapat menghadiri majlis ulang tahun Dahlya kerana Atuk ada benda yang penting perlu diselesaikan. Majlis keraian di rumah Atok dan Wan ini berlangsung sangat sederhana dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Pak Long & Mak Long , Pak Wai, Nenek Long, Nenek Andak Ucu dan Pak Ucu. Terima kasih kat Ucu & Pak Ucu yang telah membelikan Dahlya kek ulang tahun `Secret recipe`.






No comments:

Post a Comment