Dientri yang lalu ada menceritakan tentang kami membeli rumah lelongan pihak bank, kini setelah 3 bulan masa berlalu semua proses dokumen dan kelulusan bank sudah berjaya kami dapatkan. Alhamdulillah, dengan ada sedikit simpanan duit kami sedang membuat ubahsuai rumah ini untuk keselesaan dimasa akan datang.
Kerja2 ubah suai ini telah bermula 3 minggu yang lalu bermula dari memasang tiang untuk dinding dapur. Bahagian dapur dipecah dan dibesarkan lebih kurang 7 kaki dari tempat asal. Tandas diubah kebahagian belakang dan bilik kecil ditingkat bawah dipecahkan untuk diberi kepada ruang makan. Akhirnya kini, ruang dapur nampak luas untuk umi bergerak ke sana sini ketika memasak.
Bersambung...
Tips untuk mendapatkan kelulusan ubah suai rumah dari pihak berkuasa:-
1. S&P atau surat kelulusan pinjaman dari pihak bank
2. Sijil CF (sijil layak menduduki bangunan) jika tidak ada boleh pinjam dari jiran anda
3. Resit pembayaran cukai pintu
4. Resit pembayaran cukai tanah
Sila bawa dokumen diatas ke majlis perbandaran yang berkenaan.
March 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment