darmansyah
Showing posts with label tandas. Show all posts
Showing posts with label tandas. Show all posts

March 18, 2010

Baitunnuha siri2

Ubahsuai rumah telah dimulakan beberapa minggu yang lalu kini sedikit demi sedikit kerja pembinaan mula menampakkan hasil dari bahagian depan hingga belakang para pekerja yang terdiri dari 4 orang bekerja keras untuk menyiapkan seperti yang dijanjikan sebelum bulan Mei.

kini, dinding bahagian belakang sudah siap di plaster dan bahagian depan pula sudah mula mengorek dan menanam cerucuk besi. foto2 dibawah kelihatan kerja2 membangun.

Dahlya sedang berposing berlatarbelakangkan kipas jenama KDK

Dahlya sedang mendengar perbualan Engku dengan pekerja

Kelihatan dinding sudah hampir siap di plaster

ruangan mesin basuh bersebelahan tandas

Dinding belakang rumah sebelum di plaster lubang itu bahagian tingkap bilik air

March 17, 2010

Baitunnnuha siri1

Dientri yang lalu ada menceritakan tentang kami membeli rumah lelongan pihak bank, kini setelah 3 bulan masa berlalu semua proses dokumen dan kelulusan bank sudah berjaya kami dapatkan. Alhamdulillah, dengan ada sedikit simpanan duit kami sedang membuat ubahsuai rumah ini untuk keselesaan dimasa akan datang.

Kerja2 ubah suai ini telah bermula 3 minggu yang lalu bermula dari memasang tiang untuk dinding dapur. Bahagian dapur dipecah dan dibesarkan lebih kurang 7 kaki dari tempat asal. Tandas diubah kebahagian belakang dan bilik kecil ditingkat bawah dipecahkan untuk diberi kepada ruang makan. Akhirnya kini, ruang dapur nampak luas untuk umi bergerak ke sana sini ketika memasak.

Bersambung...

Tips untuk mendapatkan kelulusan ubah suai rumah dari pihak berkuasa:-
1. S&P atau surat kelulusan pinjaman dari pihak bank
2. Sijil CF (sijil layak menduduki bangunan) jika tidak ada boleh pinjam dari jiran anda
3. Resit pembayaran cukai pintu
4. Resit pembayaran cukai tanah

Sila bawa dokumen diatas ke majlis perbandaran yang berkenaan.


Tambahan untuk ruang dapur

Tandas dialihkan ketempat ini

Pandangan dari belakang

Pandangan dari tandas yang akan dibina

Keluasan tandas 4x7kaki persegi