darmansyah

March 01, 2010

Selamat Tinggal Cikgu Dilla

sampai je taska, terus melalak



Agak lewat untuk memberitahu kepada kalian, hal ini berlaku ketika Dahlya kene cacar. Di Taska Dahlya ada 3 cikgu (Cikgu Dilla, Intan dan Ina) Umi dapat mesej dr cikgu Dilla pada pagi Jumaat "kak, Dahlya x sihat lg?, harini sy last kerja kat sini" sedihnya.. Sebab umi selalu bertanya kpd Dilla ttg Dahlya di taska. Cikgu Dilla akan melanjutkan pelajaran di Johor.


Semasa Umi menghantar Dahlya pada ptg jumaat, Dahlya dpt berjumpa dengan cikgu-cikgunya dan terus melalak.. konon-konon mengadu ngan cikgu2nya ttg kesakitan yg di alaminya. Tak berhenti2 Dahlya menangis. Setelah di pujuk cikgu Dilla akhirnya Dahlya tersenyum sambil mengomel. Dahlya mmg sgt manja dengan cikgu Dilla dan cikgu Ina.

Semoga cikgu Dilla sukses dan berjaya. Dan Dahlya, mungkin dia tak ingat ttp memori ini pastinya Dahlya akan baca pada satu hari nanti.

Cikgu Dilla yg comel

sayonara cikgu Dilla

No comments:

Post a Comment