darmansyah

March 26, 2010

Madihah



Nama yg lembut selembut orangnya. Madihah adalah anak kepada paklong. Baby Madihah ini sgt comel!! sama tahun dengan Dahlya tetapi Madihah di lahirkan hujung tahun!! sgt2 rugi! Dahlya pon kadang2 pandai gak geram ngan baby Madihah ni.. nyum..nyum.. sape jumpe baby Madihah ni pasti anda geram!!

March 22, 2010

Baitunnuha siri3

Berikut gambar2 dokumentasi rumah Dahlya yang sedang di ubah suai. Dari rekabentuk luar.

Dahlya jadi mandor untuk rumahnya yang sedang dibina

Rekabentuk luar (terima kasih kepada Chot yang memberikan banyak idea)

Contoh2 rumah sebagai rujukan

Plan rumah asal

Atuk dan pekerja memasang wayar

Pekerja yang bertanggungjawab untuk rumah Dahlya

Pembinaan tiang2 depan rumah

wayar yang serabut

wayar yang serabut

Bahagian tiang dalam ada laluan air

March 21, 2010

Pesta Ulang Tahun Yang Pertama

Setahun yang lalu

Dahlya kini

Setahun yang lalu, sebelum Dahlya dilahirkan telah pergi Atuk Dahlya (Abu Hanifah) ke rahmatullah akibat dari kemalangan jalanraya. Allah telah menggantikan yang pergi dengan cahaya mata yang begitu comel setelah seminggu pemergian Atuk.

Kini Dahlya telah membesar hari demi hari, bulan demi bulan dan tepat masa pada hari ini Dahlya dilahirkan pada tahun yang lalu. Banyak rintangan membesarkan Dahlya dari dalam kandungan hingga ke hari ini. Antara ujian dari Allah yang paling hebat buat kami, ketika Dahlya terkena demam campak, muntah dan tidak tidur malam menguji kesabaran kami berdua. Meniarap, merangkak, berdiri dan kini mula berjalan beberapa langkah kehadapan. Apa yang paling menggelikan hati telatah Dahlya yang suka membebel dalam bahasa bayi yang kami sendiri tidak memahami, hanya beberapa patah perkataan seperti tetek, nenen dan umi sahaja yang boleh difahami

Atuk dan Andung tidak dapat menghadiri majlis ulang tahun Dahlya kerana Atuk ada benda yang penting perlu diselesaikan. Majlis keraian di rumah Atok dan Wan ini berlangsung sangat sederhana dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Pak Long & Mak Long , Pak Wai, Nenek Long, Nenek Andak Ucu dan Pak Ucu. Terima kasih kat Ucu & Pak Ucu yang telah membelikan Dahlya kek ulang tahun `Secret recipe`.






March 18, 2010

Baitunnuha siri2

Ubahsuai rumah telah dimulakan beberapa minggu yang lalu kini sedikit demi sedikit kerja pembinaan mula menampakkan hasil dari bahagian depan hingga belakang para pekerja yang terdiri dari 4 orang bekerja keras untuk menyiapkan seperti yang dijanjikan sebelum bulan Mei.

kini, dinding bahagian belakang sudah siap di plaster dan bahagian depan pula sudah mula mengorek dan menanam cerucuk besi. foto2 dibawah kelihatan kerja2 membangun.

Dahlya sedang berposing berlatarbelakangkan kipas jenama KDK

Dahlya sedang mendengar perbualan Engku dengan pekerja

Kelihatan dinding sudah hampir siap di plaster

ruangan mesin basuh bersebelahan tandas

Dinding belakang rumah sebelum di plaster lubang itu bahagian tingkap bilik air