darmansyah

March 25, 2012

Selamat ulangtahun ke3

Tiba masanya hari ulangtahun anak sulung kami, Dahlyatunnuha yang kini hanya mahu digelar dirinya kakak kerana kehadiran putera kami.
Acara sambutan ulangtahun hanya dirayakan kecil-kecilan. Hanya adik beradik sebelah Umi yang datang tetapi cukup gembira buat kakak yang sedikit sudah mengerti erti sambutan ulangtahun.
Si kakak sangat gembira dan kami menyanyikan lagi "happy birthday" bersama. Apa yang menggelikan hati, suara kakak lebih kuat dari suara-suara yang lain menyanyikan.
Kakak dilahirkan pada 21 Mac dan adik lelakinya dilahirkan pada 14 Mac. Kuasa Allah Taala menghadiahkan kami puteri dan putera yang dilahirkan pada bulan yang sama.
Sekadar kek ulangtahun dan meehoon sup. Bersyukur alhamdulillah.






No comments:

Post a Comment