Sudah lama benar blog Dahlya tidak di kemaskini.. Dari hari-kehari Umi menyuruh Engku 'update' blog..hurm.. nasib tidak bersarangkan.. hihii... Sekarang Umi pon dah mula bekerja selama 3 bulan bercuti. Badan dan otak pon lemau untuk memikirkan apa yang nak dicoret di blog kakak Dahlya ni.
Hidup Umi sekarang sangat-sangat bahagia.. kerana kehadiran orang baru di rumah sangatlah berseri-seri. Kakak Dahlya semakin matang, kadang-kadang ada mengada-ngadanya juga untuk menarik perhatian Umi dan Engku. 2 bulan Umi mengajar Dahlya tidak memakai 'pampes' tetapi tidak berjaya.. camne ye?? next year nak g sekolah.. Dahlya masih berpampes.. hahahaaadoiii.....
Sekarang Dahlya dan Daniyal dijaga oleh pengasuh baru. Umi harap mereka seronok dan dijaga dengan baik di sana. Hanya gambar mereka sahaja yang dapat Umi kongsikan untuk kali ni. Hanya gambar-gambar ini sahaja yang boleh menceritakan....
Dahlya menyanyikan lagu untuk Daniyal yg baru sahaja berusia 1 minggu..
hurm.. Daniyal paham kee??
'Potret Baby' ketika Daniyal berusia 2 minggu,
dan gambar ini diambil oleh Dahlya yee..
Daniyal ketika berusia 1 bulan 2 minggu!!
Ketika ini atuk Selayang sedang mencukur
rambut Daniyal yg berumur 2 bulan.
'Lovely' muka pon sama...
Daniyal sedang berborak dengan Engku ketika berumur 3 bulan.
No comments:
Post a Comment