Awalnya apabila umi mengadu sakit setiap setengah jam, dia mengatakan seolah2 nak membuang air besar dan Engku cakap dengan Umi, sekiranya jam 12.00 malam masih sakit2 kita terus ke Hospital Serdang.
Engku bergegas memandu kereta bersama Umi, Dahlya tinggal dirumah bersama Wan dan Atok yang telah hampir seminggu berpangkalan dirumah.
Sampai di Hospital membuat check-up, Engku tak dibenarkan masuk. Bukaan rahim menunjukkan baru 4cm, maka umi dipindahkan ke wad 4E hospital untuk sesi menunggu.
(menurut doktor yang bertugas, gambar rajah menunjukkan jantung bayi agak sedikit kepenatan didalam kandungan)
Tunggu punya tunggu, dari pagi hingga ke Jam 9.52 malam 14 Mac 2012 melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Engku tidak dibenarkan menunggu walaupun berada di dalam ruang bersalin atas alasan pegawai yg bertugas kerana Umi mehairkan melalui proses vakum.
(Foto ini dirakam setelah beberapa jam bayi lelaki dilahirkan)
Selepas bayi kecil ini dilahirkan, dia dimasukkan didalam bekas khas untuk diberikan sinaran uv kerana ada sedikit kekuningan pada kulit dan mata bayi ini. Disitu juga Engku sempat mengazankan bayi lelaki ini tanpa mendukungnya kerana petugas hospital belum membenarkan Engku untuk mendukung bayi yang baru dilahirkan ini.
(foto ini dirakamkan setelah 2 jam dilahirkan)
Keesokan harinya 15.4.2012, Umi dan bayi lelaki kami dibenarkan pulang ke rumah. Engku dan Atok datang tepat jam 2.00 petang dan setelah segala urusan surat menyurat dari hospital untuk dibawa ke pejabat pendaftaran dan bil hospital selesai dilunaskan, kami sekeluarga pulang kerumah.
(Memberi surat untuk kebenaran pulang kepada jaga, kawalan yang ketat)
Sesampai dirumah, si kakak yang telah menunggu seharian kehilangan Uminya, begitu gembira dengan kehadiran bayi lelaki ini. Kelihatan riak mukanya tersenyum riang.
alaaahai...sukenye dapat adek...
ReplyDelete