darmansyah

December 03, 2012

Imej Baru Dahlya


Kita semakin ke tahun baru! Dahlya akan berusia 4 tahun. Cepat sungguh si bunga kami ini membesar. Rasa baru sahaja dok menggelek ke hulu hilir! Tahun 2013 Dahlya sudah punye 2 adik!! hurm.. camne ye dia nanti?? harap dia pasti akan lebih bertanggungjawab dan menyayangi adik2nya nanti.. Bagi kami 'Umi & Engku" anak adalah anugerah dari Allah dan hadiah cinta kami berdua. Walau Dahlya punya 2 adik.. kami tetap sayang kesemuanya tiada berbelah bahagi.

Baru-baru pelbagai aktiviti Umi lakukan bersama Dahlya, yang paling susah sekali 'membodek' Dahlya memotong rambutnya..huhuhu..payah gila berminggu-minggu kami memujuk Dahlya untuk mencatas sedikit rambutnya kerana hujungnya rambutnya rosak. Akhirnya dengan sebatang aiskrim 'Malaysia' dapatlah pergi ke "saloon" dengan rambut ala-alay layed.. ok tak??

Selain tu Umi dah 'booked' untuk pra sekolah untuk tahun hadapan. Kami telah memilih Al-Fatih Integrated Preschool tak sabau Umi nak tengok Dahlya g sekolah tau. Harap Dahlya ok-ok saja bila dah sekolah nanti.

"Gojes" tak?? 


imej terbaru...


Gambar paspot terbaru Dahlya



Daniyal sekarang masih merangkak dan ligat!! Cukup comel bila dibotakkan. 



Daq kecik ni teruja ngan mainannya..




"birthday" engku tp kakak yang teruja!!
25 Nov 2012

1 comment: