darmansyah

December 24, 2012

Dahlya dengan Speda Baru

Sudah banyak kali kami berjanji.. jika kakak pandai kayuh basikal nanti Engku beli kan basikal besar untuk kakak.. akhirnya Dahlya semakin mahir berkayuh dengan basikal kuningnya.. Basikal kuning yang dibeli oleh Umi ketika Dahlya berusia 1 tahun 9 bulan!! boleh tgk linknya disini.. 

Sabtu 22 Disember Engku mengajak kami sekeluarga pergi mencari basikal a.k.a Speda baru kakak di Setapak berdekatan dengan tempat kerja Engku. Banyak juga pilihan basikal yang menarik!! Sampai Adik Daniyal menjerit seronok.. maaflah adik Daniyal.. kamu kecik lagi.. tunggu beso yer..



Engku sangat berkenan untuk membeli Speda fixie  (fixed-wheel bicycle)  akan tetapi Umi tengok dengan keadaan tayar yang halus dan nipis..memikiokan keselamatan Dahlya.. akhirnya Engku sudi memilih Basikal Raleigh Reef 16 inci. Sangat-sangat manis bila gadis yang membawa Speda model ni.. sesuai la kot untuk anak2 perempuan.. Bila ditelek-telek memang agak besar janggal sedikit kerana jenama si Raleigh paling kecik saiz tu je.. hahaa... takpe2.. "Kakak boleh guna sampai berumur 10 tahun la yee.... ;p"

Speda berwarna biru dan putih siap berbakul yang sangat comel!! porah la taukeh kedai.. tambah bakul caj RM10 so harga kesemua dengan brek depan belakang RM260!! hahaa.. sabar je la ye Engku.. adat orang meniaga.. Bak Engku kata.. "Anak punya pasal takpe.. xyah la Engku beli baju kerja.. " (ingat ye kakak..pengorbanan Engku awak tu.. ;p)







Bila Dahlya naik je spedanya itu..apalagi sampai tidur malam manis saja mukanya.. sebab Senyumnye meniti sampai ke telinga!! Diharap hadiah speda ini menjadi Pemangkin Kakak Dahlya menjadi anak yang mendengar kata dan rajin belajar ye..

December 05, 2012

Cuti Sekolah

Selepas Umi bgtau kat kawan2 yg blog Dahlya dah kemaskini bising gak laa haaai lama tak update!! mentang-mentangla dah ada baby tiadalah cerita kakak Dahlya.. hahaa... jgnla camtu kadang-kadang ada hati nak coret kat blog ni.. tapi kekeringan idea..dok pusing2 apaa la nak diceritakan kisah si bunga ni.. hadooooii...

Sekarang ni musim cuti sekolah yang panjang kebetulan plak dengan hujan hampir setiap hari memanglah alamatnya duk rumah atau kalo kami bosan window shopping sajalah.. Kalo nak bercuti memang dalam Malaysia ni semua tempat2 menarik mmg sgt ramai.. harga hotel kemain tinggi mahalnya.. telan ayak liuq jolaah...

Ramai kawan-kawan Umi ngan Egku tau Dahlya ni kalo bab bergaya di depan kamera suka bbnor ala-ala model gitu.. mana die tengok pon tak tau laaa... tak payah arah die.. dia sendiri dah pandai lengok ke kiri..kekanan.. ada gak dpt 'suggestion' suh g casting model.. gak apa2 laaa tak mau Umi nak suh Dahlya jadi glamour cam gitu.. kalo setakat 'retis' dikalangan gang2 sedara ok laa buat gelak korang tgk gelagat die.. nak glamour 1 malaysia abaikan je yaaa... Umi x sokong U!!

Tempat Dahlya gemari musim cuti ini adalah "orang kawen" dan "g shopping" kalo dengar 2 perkataan ni jee cukup laju je bersiap!! hahaahaa perempuan..perempuan...




Dah lama umi tak pakai kasut tinggi ni.. si Dahlya punye keje laa ni dok pakai grr..

December 03, 2012

Imej Baru Dahlya


Kita semakin ke tahun baru! Dahlya akan berusia 4 tahun. Cepat sungguh si bunga kami ini membesar. Rasa baru sahaja dok menggelek ke hulu hilir! Tahun 2013 Dahlya sudah punye 2 adik!! hurm.. camne ye dia nanti?? harap dia pasti akan lebih bertanggungjawab dan menyayangi adik2nya nanti.. Bagi kami 'Umi & Engku" anak adalah anugerah dari Allah dan hadiah cinta kami berdua. Walau Dahlya punya 2 adik.. kami tetap sayang kesemuanya tiada berbelah bahagi.

Baru-baru pelbagai aktiviti Umi lakukan bersama Dahlya, yang paling susah sekali 'membodek' Dahlya memotong rambutnya..huhuhu..payah gila berminggu-minggu kami memujuk Dahlya untuk mencatas sedikit rambutnya kerana hujungnya rambutnya rosak. Akhirnya dengan sebatang aiskrim 'Malaysia' dapatlah pergi ke "saloon" dengan rambut ala-alay layed.. ok tak??

Selain tu Umi dah 'booked' untuk pra sekolah untuk tahun hadapan. Kami telah memilih Al-Fatih Integrated Preschool tak sabau Umi nak tengok Dahlya g sekolah tau. Harap Dahlya ok-ok saja bila dah sekolah nanti.

"Gojes" tak?? 


imej terbaru...


Gambar paspot terbaru Dahlya



Daniyal sekarang masih merangkak dan ligat!! Cukup comel bila dibotakkan. 



Daq kecik ni teruja ngan mainannya..




"birthday" engku tp kakak yang teruja!!
25 Nov 2012