Ahad yang lalu. Selepas kami hantar Umi ke PWTC kerana tugasan, Engku dan Dahlya bersiar2 ke Taman Burung yang terletak di Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Tiket masuk ke Taman Burung ini berharga RM20.00. Agak mahal ketika mula membeli tetapi setelah masuk ke dalam puas hati.
Luas Taman burung ini membuatkan Dahlya berhenti rehat beberapa kali untuk minum air mineral yang dibeli sebelum masuk. Nampak gembira Dahlya bermain, leka dan lupa bahawa Uminya tidak ikut majlis. ehehe....
Berkemungkinan pembaca didalam blog ini kurang memahami nama2 panggilan yang terdapat dalam blog ini. Berikut disenaraikan nama2 panggilan didalam blog ini beserta maksudnya.
Engku = Ayah Umi = Emak, Ibu Atok = Atuk sebelah Umi Wan = Nenek sebelah Umi Atuk = Atuk sebelah Engku Andung = Nenek sebelah Engku
comel lah dahlya..!!!geram tengoknya...!!!
ReplyDelete