darmansyah

March 21, 2011

Selamat Ulangtahun



Align Right

Harapan kami, Dahlya boleh menjadi anak seperti lirik lagu Aris Ariwatan


Dan jangan jadi seperti lirik lagu Baji.


Engku, makan, minum, berak, nangis dan ketawa dilayan sepenuhnya oleh Engku. Memerlukan kesabaran dengan kerenah Dahlya. 2 malam perutnya sakit tp tidak menangis hanya mengganggu tidur Engku. Walaupon Dahlya tidak pandai bercakap Engku tahu apa yang hendak dikatakannya ketika perutnya sakit.

Alhamdulillah Engku boleh menjaga Dahlya hingga ke hari ini. Pagi2 beli kuih apam dan karipap kegemaran Dahlya sehingga makcik yang menjual karipap ini memberi nama Karipap Dahlya. Sedikit sedih terasa pagi ini apabila menghantar Dahlya ke pusat penjagaannya menangis, mungkin kerana ketiadaan Umi yang hari2 menghantarnya seperti kebiasaan.

Apapun Engku dan Umi ucapkan selamat Ulangtahun yang ke2, InsyaAllah kalo ada rezki dan Umi dah selesai tugasannya akan dibuat kenduri doa selamat kecil2lan.

Semoga Allah merahmati Dahlya dan dianugerahkan kesihatan yang sempurna. Amin...




No comments:

Post a Comment