darmansyah

March 21, 2011

Selamat Ulangtahun



Align Right

Harapan kami, Dahlya boleh menjadi anak seperti lirik lagu Aris Ariwatan


Dan jangan jadi seperti lirik lagu Baji.


Engku, makan, minum, berak, nangis dan ketawa dilayan sepenuhnya oleh Engku. Memerlukan kesabaran dengan kerenah Dahlya. 2 malam perutnya sakit tp tidak menangis hanya mengganggu tidur Engku. Walaupon Dahlya tidak pandai bercakap Engku tahu apa yang hendak dikatakannya ketika perutnya sakit.

Alhamdulillah Engku boleh menjaga Dahlya hingga ke hari ini. Pagi2 beli kuih apam dan karipap kegemaran Dahlya sehingga makcik yang menjual karipap ini memberi nama Karipap Dahlya. Sedikit sedih terasa pagi ini apabila menghantar Dahlya ke pusat penjagaannya menangis, mungkin kerana ketiadaan Umi yang hari2 menghantarnya seperti kebiasaan.

Apapun Engku dan Umi ucapkan selamat Ulangtahun yang ke2, InsyaAllah kalo ada rezki dan Umi dah selesai tugasannya akan dibuat kenduri doa selamat kecil2lan.

Semoga Allah merahmati Dahlya dan dianugerahkan kesihatan yang sempurna. Amin...




March 17, 2011

Taman Burung

Ahad yang lalu. Selepas kami hantar Umi ke PWTC kerana tugasan, Engku dan Dahlya bersiar2 ke Taman Burung yang terletak di Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Tiket masuk ke Taman Burung ini berharga RM20.00. Agak mahal ketika mula membeli tetapi setelah masuk ke dalam puas hati.

Luas Taman burung ini membuatkan Dahlya berhenti rehat beberapa kali untuk minum air mineral yang dibeli sebelum masuk. Nampak gembira Dahlya bermain, leka dan lupa bahawa Uminya tidak ikut majlis. ehehe....












March 10, 2011

Bulan Mac yang padat

Bulan ini Umi mempunyai jadual yang padat kerana sibuk dengan promosi/pameran kemasukan baru.. dah 2 tahun Umi tidak terlibat dlm promosi.. bila tidak cukup kakitangan terpaksa la pikul tugas. Bila jadual padat kadang-kadang emosi terganggu.. kasihan Dahlya kadang-kadang Umi cuba menahan sabar jika Dahlya buat perangai.. kadang2 terjerit gak!! Dahlya!! Quiet!! ishh.. bukan umi tak sayang.. kadang2 penat menggangu emosi Umi.. hihii...

Sebenarnya mmg Dahlya sudah boleh mengira 1-10 dlm bahasa inggeris ttp sukar untuk kami rakam dlm bentuk video.. bila kami rakam die akan berenti mengira dan menerpa ke kamera.. video ni umi rakam ketika die nyanyi ABC itupon 4-5 kali gagal dirakam..